Setelah sekian lama menunggu, kes dera yang menyebabkan kematian seorang penuntut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain akhirnya terjawab juga, hari ini.
Menurut Harian Metro, Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan 18 penuntut UPNM terbabit bersalah dan mereka diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kes ini diputuskan sedemikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Hanya seorang tertuduh bebas mutlak yang lain diperintah bela diri
Walau bagaimanapun, daripada 19 orang sebelum ini, seorang saja penuntut yang disahkan bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias, 23, yang dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan Zulfarhan Osman.
Lima daripada tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan membunuh.
Manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas pertuduhan bersubahat membunuh mangsa.
Pertuduhan juga dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Sementara 12 penuntut yang lain pula diarah membela diri atas pertuduhan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud memeras ugut untuk dapatkan pengakuan mencuri laptop.
Bapa sebak sujud syukur di kompleks mahkamah
Sebak dan terharu dengan keputusan mahkamah, bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros dirakam sempat sujud syukur di koridor Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Allahhh sedihnya tengok…
https://twitter.com/madhiamadani/status/1156392047110000640
Kenapa bela diri kalau dh dibuktikan bersalah… ini jawapannya!
Dalam kegembiraan menerima berita mengenai Zulfarhan, ada juga netizen yang curious mengapa tertuduh kena membela diri walaupun mereka sudah dibuktikan bersalah. Ini jawapannya.
https://twitter.com/fatihanajihah/status/1156398229035950080
Kita doakan yang terbaik buat keluarga mangsa dan keadilan untuk Zulfarhan.