in

‘Sugar Mummy’ Tawar RM25,000 Kepada Fizo Omar Untuk Jadi Peneman Satu Malam?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar mendedahkan beliau ada menerima tawaran lumayan daripada seorang ‘sugar mummy’.


Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Fizo Omar di laman Instagram milik beliau. Berdasarkan gambar perbualan tersebut, individu misteri tersebut menawarkan RM25,000 untuk menjadikan beliau sebagai peneman buat satu malam.

“Are u up for a hookup where mummy pay rm 25000 for a night”

Menurut Fizo Omar, ini bukanlah kali pertama beliau menerima tawaran sebegini rupa. Malah, sebelum ini pernah juga ada individu yang sanggup untuk memindahkan wang pendahuluan terlebih dahulu sebelum berjumpa beliau secara berhadapan.

Pelakon ini juga sempat berseloroh dengan mengatakan keadaan dirinya yang seperti ‘barang recond’ juga masih mempunyai nilai di mata luar. Amboi!

“Barang recond mcm sya ni pun ada harga, kalau yg brand new n ladies plak tak tau la brape kan?”

Di akhir ayat Fizo Omar, beliau menjelaskan bahawa situasi seperti ini bukan hanya berlaku di dalam drama, malah berlaku juga di kehidupan sebenar. Jaga diri anda okay!

P.S. – Meskipun ekonomi dunia dalam keadaan yang membimbangkan, jangan pula ada yang terima tawaran sugar mummy ni ye.

 

BACA: “Sila tarik balik sebelum saya ambil tindakan” – Fizo Omar Tepis Tuduhan Meminta Bantuan Kerajaan

 

Sumber: Fizo Omar
Sumber: Fizo Omar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.