in

“Sila tarik balik sebelum saya ambil tindakan” – Fizo Omar Tepis Tuduhan Meminta Bantuan Kerajaan

Combine Fizo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi beberapa hari lalu, rakyat Malaysia yang layak akan mendapat bantuan tanpa terkecuali. Namun, baru-baru ini timbul isu  dimana ada yang mengatakan artis perlu mendapat bantuan khusus berikutan wabak Covid-19 ini.


Menerusi satu video di Facebook yang dikongsikan oleh Fizo Omar melalui akaun miliknya sendiri, dia dituduh oleh individu yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa dia meminta bantuan daripada kerajaan atau dari mana-mana pihak.

Katanya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang melakukan fitnah tersebut.

Korang boleh tengok video tu dekat sini

Fizo

Sebelum ini, Fizo meninggalkan komen di salah satu video selebriti iaitu Zarina Anjoulie dan tindakannya itu mengundang kecaman daripada netizen.

Tak hanya itu, Zarina upload semula video baharu dan memberi respon terhadap komen daripada Fizo Omar. Rata-rata netizen menyokong tindakan yang dilakukan oleh selebriti itu yang menegur semula Fizo Omar.

Walau bagaimanapun, apa yang berlaku sebelum ini hanyalah salah faham dan diminta pihak yang terlibat menarik balik kenyataan itu, katanya.

Hal ini memberi kesan kepada Fizo dan keluarganya sendiri dengan menerima komen negatif, cacian dan makian kepada dirinya dan keluarga, lapor Mstar.

Menerusi video itu juga, dia meminta maaf sekiranya terdapat tindakannya sebelum ini mengguris hati-hati mana pihak dan berdoa agar wabak Covid-19 ini segera dihapuskan dan semua orang dapat mencari rezeki masing-masing.

Baca : “Itu fakta!” – Lantang Tempelak Artis Minta Bantuan, Golongan Artis Sepakat Kecam Zarina Anjoulie

Anju

 

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.