Sudah seperti acara tahunan, umat Islam sekali lagi diserang pada bulan Ramadan apabila tentera Israel menceroboh Masjid Al Aqsa, dan menyerang orang awam yang tidak bersalah sehingga ada yang terbunuh.
Difahamkan, tentera Israel menceroboh Masjid Al Aqsa pada waktu pagi sebelum tibanya waktu Subuh beberapa hari lalu. Menurut laporan, sekurang-kurangnya 152 warga Palestin cedera dan 11 maut pada minggu ini sahaja.
Tidak cukup dengan itu, tentera Israel juga dilaporkan melepaskan tembakan kepada orang awam, membaling bom tangan dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin yang berada di dalam ruang solat masjid.
Menurut satu laporan lain pula, rakyat Palestin yang cedera terpaksa dibawa dengan menggunakan pengusung selepas tentera Israel tidak membenarkan ambulans masuk ke kawasan tersebut.
Bukan sahaja orang awam, beberapa laporan turut melaporkan wartawan yang berada di lokasi turut diserang oleh tentera Israel. Dalam satu kejadian, seorang wartawan wanita Palestin telah diserang oleh tentera Israel ketika sedang membuat liputan berkenaan serangan kejam mereka.
Semoga saudara kita di Palestin kekal selamat di bulan Ramadan ini.
BACA: Putera Mahkota Arab Saudi Tak Pandang Israel Sebagai Musuh, Tapi ‘Rakan’ Yang Berpotensi