in

Sudah Melepasi Tahap Bahaya, Air Empangan Klang Gate Dilepaskan Secara Berperingkat

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Air dari Empangan Klang Gate Hulu Kelang kini mula dilepaskan secara berperingkat bermula malam tadi selepas dilaporkan telah melepasi tahap bahaya.

Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mereka kini berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan susulan pelepasan air ini.


Empangan Klang Gate Fb 191221 1

Difahamkan, semua pegawai dan anggota akan segera diarahkan turun ke kawasan yang terlibat untuk orang ramai terutamanya di kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya.

Pada masa ini keseluruhan kekuatan kita adalah membabitkan lima pegawai dan 32 anggota dari Balai Polis Melawati, Balai Polis Hulu Kelang, Balai Polis Ampang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, sendiri.

“Semua pegawai dan anggota itu akan terbabit dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Taman Melawati dan kawasan berhampiran,” jelas beliau.

Beliau juga meminta orang ramai agar kekal tenang kerana proses pelepasan air empangan ini akan dilakukan secara berperingkat dan berhati-hati mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Menurut sumber terkini, sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan. Untuk rekod, proses pertama pelepasan air dilakukan pada 11.50 malam tadi.

Sumber: Kosmo, Harian Metro

BACA: JPS Nasihat Orang Awam Agar Bersedia Hadapi Banjir Semasa Fasa Peralihan Monsoon

Capture 15

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.