Ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin sekali lagi tampil memohon ihsan dan keprihatinan orang ramai bagi membantu mereka menampung kos guaman yang semakin meningkat di Mahkamah Tinggi.
Menerusi satu hantaran yang tular, bapa arwah iaitu Zaim Ikhwan bin Zahari bersama isterinya, Ismanira binti Abdul Manaf, merayu bantuan kewangan demi meneruskan perjuangan mendapatkan keadilan buat keluarga mereka.
Artikel berkaitan: “Mahkamah terbaik” – Reaksi Bapa Zayn Rayyan Selepas Mahkamah Tolak Penangguhan Hukuman Penjara Ismanira
Artikel berkaitan: Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan, Ibu Zayn Rayyan Kekal Dipenjara
Kos Perbicaraan Mencecah Ratusan Ribu Ringgit
Menurut kenyataan tersebut, pihak keluarga mendedahkan bahawa mereka telah membelanjakan kira-kira RM 200,000 sejak kes ini bermula di Mahkamah Sesyen. Walau bagaimanapun, memandangkan kes kini beralih ke peringkat Mahkamah Tinggi, mereka memerlukan tambahan dana sebanyak RM 65,000 lagi bagi menampung kos-kos yang terlibat yang disifatkan sebagai sangat tinggi dan di luar kemampuan mereka.
View this post on Instagram
“Saya merayu orang ramai untuk membantu menghulurkan sumbangan demi mendapatkan keadilan buat seluruh keluarga kami termasuk arwah Zayn Rayyan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Bagi mana-mana pihak atau individu yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Hong Leong Bank bernombor 10901028459 atas nama Zaim Ikhwan bin Zahari.
Zaim turut menzahirkan rasa penghargaan kepada semua yang sudi membantu tidak kira kecil atau besar nilainya, serta memohon doa daripada orang ramai agar urusan perbicaraan mereka dipermudahkan dan diberkati.
Sumber: Instagram
