in

“Suaranya sebak sambil mulutnya tidak henti-henti mendoakan Alif”- Keluarga Pelik Pemuda ‘Misteri’ Muncul Saat Kebumikan Anak Rupa-rupanya…

Featured 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kita untuk menghakimi baik dan buruknya seseorang, seperti kisah yang dikongsikan Hanapi Jusoh mengenai kelibat seorang pemuda misteri ketika majlis pengebumian anaknya.


Apa yang menimbulkan persoalan ialah, pemuda itu bertungkus lumus membantu urusan pengebumian anaknya meskipun pemuda tersebut bukan ahli keluarga mereka.

 

Ketika di kuburan pemuda ini lah yang bertungkus lumus membantu semadikan jenazah Alif hinggakan bajunya basah berpeluh..Kami ahli keluarga tidak kenal pemuda ini…

PEMUDA BERHATI MULIAAlhamdullillah jenazah anak saudara saya Alif fikri telah selamat disemadi semalam pada jam 12…

Posted by Hanapi Jusoh on Tuesday, September 3, 2019

 

PEMUDA BERHATI MULIA

Alhamdullillah jenazah anak saudara saya Alif fikri telah selamat disemadi semalam pada jam 12 tengahari..

Dua tiga hari sebelum pemergian Alif,ahli keluarga telah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku ke atas alif.

Semalam,ketika bersedia untuk solat jenazah ke atas jasad Alif,saya telah terperasan pemuda ini yang berbaju merah jambu berada di saf hadapan sekali suaranya sebak sambil mulutnya tidak henti-henti mendoakan Alif..

Ketika di kuburan..pemuda ini lah yang bertungkus lumus membantu semadikan jenazah Alif hinggakan bajunya basah berpeluh..

Kami ahli keluarga tidak kenal pemuda ini..mungkin kawan Alif sebab ramai sangat yang hadir.

70282013 2495862703785195 882599900833906688 N
Sumber : facebook

Ayah tegur pemuda misteri tersebut…rupa-rupanya..

Lalu ayah Alif menegurnya.
“Encik dari mana..kawan Alif ke..sebab tak pernah tengok.”

“Pakcik,sayalah Doktor yang merawat Alif sepanjang dia di Hospital.Saya datang sini saya tengok alamat pada rekod Alif.Saya minta maaf banyak-banyak..saya dah lakukan yang terbaik..Allah lebih sayangkan dia..dia muda lagi tak ada dosa..saya tak ada kuasa..Allah maha kuasa..saya Doktor pun akan mati..”

Mendengar itu mereka berpelukan sambil masing-masing menitis air mata.

Ayah Alif yang terkejut dengan kehadiran Doktor muda ini memeluknya erat.Sudah tentu kehadirannya atas rasa empati dan penghormatan terakhir buat pesakitnya.

“dok apa lah doktor.kita redha blake doh..doktor buat yang terbaik doh”.

69471056 2495862493785216 1776108202555867136 N
Sumber: facebook

Terima kasih mak ayah doktor, kerana melahirkan anak yang berbudi pekerti mulia

Mereka berbual pendek dan Doktor ini berjalan bersama guru madrasah Alif ke kereta.Sebelum balik Doktor ini sempat lagi menghulur sumbangan kepada guru itu lalu berkata”Terima kasih banyak sebab selama ni mendidik Alif.

Mulianya hati mu Doktor muda.Bukan sahaja cerdas akalnya malah tinggi akhlaknya.

Tahniah kepada Ibu bapa yang mendidiknya dan Tahniah kepada Hospital Besar Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana memiliki Pegawai Perubatan yang tinggi akhlaknya.

Saya tidak kenal doktor muda ini.tak sempat bertanya namanya.Kalau ada sahabat FB saya kenal doktor ini boleh tag namanya kami sekeluarga ingin bertemunya lagi.

 

Rata-rata netizen memuji perilaku baik yang ditunjukkan doktor muda berkenaan malah ia wajar dicontohi anak-anak muda zaman kini.

Malah Lobak Merah sempat stalk lagi siapa pemuda misteri berkenaan, setelah diselidik namanya Bazli Azli dan merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Besar Nur Zahirah Kuala Terengganu.

59234795 2326259900728567 5479973645122011136 N

3 1
Sumber: facebook

 

Baca : Nampak mayat ayah adik bomba bawak naik Netizen Sebak Baca Detik Perit Pemuda Ini Hilang Adik, Ayah Nenek Serentak

Bomba

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.