in

Suami Tolak Isteri Dari Tingkat 18 Sebab Curiga Ada Skandal Dengan Lelaki Lain

Ft Tolakisteri

Seorang wanita maut selepas ditolak oleh suami dari tingkat 18 di Kondominium Bukit Awana, Ayer Itam. Mayat S.Primilia, 35, dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di atas bumbung bilik panel suis elektrik kira-kira jam 12.06 malam, 10 April lepas.

Menurut laporan, susulan kejadian itu pihak berkuasa telah menahan suami mangsa berusia 35 tahun di lokasi kejadian selepas setengah jam kejadian berlaku. Suspek yang bekerja sebagai tukang masak itu telah berkahwin dengan mangsa selama lebih setahun dan belum dikurniakan anak.

Bunuh1

 

Curiga isteri ada skandal

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata hasil soal siasat, suspek berusia 35 tahun itu mengaku telah bertindak menolak mangsa selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua.

Suspek (suami) mangsa turut berada di lokasi kejadian ketika itu. Hasil siasatan lanjut, dia mengaku menolak isterinya dari tingkap ruang tamu tingkat 18 kediaman mereka.”

Punca pergaduhan disebabkan suspek curiga si mati ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.”

 

Jiran dengar jeritan minta tolong

Muthu, 50-an yang merupakan jiran berdekatan rumah pasangan itu berkata mereka berdua kerap bertengkar sejak kebelakangan ini. Menurut Utusan, dia sendiri mendakwa pernah terdengar mangsa menjerit meminta tolong dari dalam rumah yang disewa itu.

Bukan itu saja, Muthu turut mendakwa mangsa pernah merayu agar diceraikan selain dihalang oleh suaminya itu untuk menghubungi seseorang ketika berlaku pergaduhan.

Saya tidak sangka masalah rumah tangga yang dihadapi pasangan yang hanya tinggal berdua itu berakhir dengan tragedi kematian isterinya ketika kami (penduduk) sedang nyenyak tidur.”

Bunyi seperti bom meletup. Saya bergegas turun ke bawah melihat apa yang berlaku. Ketika itu, saya ternampak suami mangsa dalam keadaan gelisah sambil memaklumkan yang isterinya terjatuh selepas ditolak.”

Bunuh3

Pihak polis dilaporkan turut merampas dua buah telefon bimbit serta daun kering dipercayai dadah ketika menahan suspek. Ujian saringan air kencing terhadap suspek juga mendapati positif ganja tetra hydrocannibol (THC).

Suspek yang tidak mempunyai rekod lampau itu kini direman selama enam hari sehingga 15 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: Kejam! Wanita Hamil Maut Ditetak Suami Sendiri Gara-gara Cemburu

Fi Bunuh Terbaru