Suami Rayu Cari Isteri 15 Tahun, Netizen Buat Lawak Pulak!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kisah isteri hilang adalah perkara yang serius! Malangnya ramai yang jadikan bahan lawak dan kutukan. Kenapa macam tu?

Macam ni cerita dia, baru-baru ni, menurut Sinar Harian, seorang suami, Mat Sharipudin Hussin, dari Pasir Mas, Kelantan merayu orang ramai untuk membantu cari isterinya yang hilang. Pasangan itu baru bernikah dua bulan yang lepas.

Walau bagaimanapun, yang menjadi perhatian ramai is the fact that isteri lelaki berusia 30 tahun ni iaitu Che Aida Syafika Che Rahim baru berusia 15 tahun.

Sumber: Facebook

Menurut Malay Mail, kejadian berlaku ketika dia dan isteri dalam perjalanan dari Tumpat ke Gua Musang. Tambahnya lagi, mereka baru je habiskan masa bercuti bersama keluarga di Kampung Laut Tumpat.

Difahamkan, remaja tersebut hilang selepas turun di stesen kereta api untuk ke tandas.

“Ketika itu, kereta api berhenti sebentar di stesen Pasir Mas untuk mengambil penumpang dan isteri saya mengambil kesempatan turun ke tandas.

“Namun, ketika kereta api hendak bergerak Che Aida tidak muncul dan saya mengambil keputusan untuk turun mencarinya.

“Saya dengan bantuan ahli keluarga berusaha mencarinya.”

Walau bagaimanapun, Mat Sharipudin menemui jalan buntu apabila Che Aida tidak berjaya dikesan sampai ke hari ini. Siapa tak risau kalau isteri hilang kan…

Gambar hiasan

Difahamkan, laporan dah pun dibuat di Balai Polis Pasir Mas. Semasa hilang,Che Aida memakai selendang biru, t-shirt warna pink hitam dan berseluar hitam.

Memandangkan sebelum ni kes child marriage diantara peraih getah dan budak 11 tahun jadi topik hangat dalam Malaysia, so, orang ramai macam terperanjat lah yang lelaki ni kahwin dengan budak perempuan bawah umur.

Sumber: Facebook

Ish korang ni. Tak baik tau. Dia tengah bersedih dan risau sebab isteri hilang, boleh pulak korang bagi komen macam tu. Sesiapa yang ada maklumat pasal Che Aida boleh contact 011-1796 2330 atau 017-9044 391.

Semoga dapat jumpa semula Che Aida dalam keadaan yang selamat.

Baca: Dimasukkan ke Pusat Kebajikan, Rindu Ayu Pada Abe Membuak-buak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.