in

Suami Disamakan Dengan Monyet, Sarah Hildebrand Tenang Layankan Mulut Pedas Netizen

Ft Sarah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan, tudung Sarah Hildebrand tidak henti-henti dijadikan target oleh netizen yang panas punggung melihat kehidupan pelakon itu.


Terbaru menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Sarah, dia telah memuat naik satu tangkap layar yang dihantar netizen menerusi direct messagenya (DM).

Berdasarkan posting itu, netizen dikatakan menyamakan suaminya Otto Gillen dengan seekor monyet.

Min tak ada lah baik, tapi tiba-tiba sampai nak mengata suami orang tu dah kenapa kan?

 

Burn in h*ll

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pelakon itu, netizen yang sama pernah menghantar DM berbaur kecaman hingga menggunakan kata-kata kesat terhadap Sarah.

Tidak mudah melatah, Sarah dengan tenang menjawab komen pedas yang dilontarkan netizen tersebut.

Alhamdulillah. Terima kasih, haiwan ini (monyet yang dikatakan menyerupai suami saya) adalah salah ciptaan Tuhan. Jadi saya mengambilnya (kata-kata itu) sebagai satu pujian. 

Sarah juga sempat menitipkan pesanan buat peminat yang mungkin berhadapan dengan situasi yang sama supaya sentiasa bersabar.

Sekiranya anda juga menerima mesej begini, janganlah anda berasa sedih ataupun marah. Bersabarlah. Kita tidak tahu apa yang dirasakan oleh orang lain. Mungkin mereka sedang berhadapan dengan waktu yang sukar. 

Dalam posting yang sama, Sarah juga menitipkan doa buat netizen tersebut supaya dikurniakan akhlak yang baik.

Semoga Terus Kuat!

Respon Sarah yang begitu tenang rata-rata mendapat reaksi positif netizen.

Capture 1 6

Ingat, mengata orang pun dosa juga tau. Jadi lebih baik kita jaga mulut masing-masing sebab tak ada sesiapa pun yang sempurna. Nak menegur pun ada caranya…

 

Baca : Biar lambat janji ada usaha Kongsi Foto Sejadah Panduan Solat Buat Suami, Sarah Hildebrand Dipuji

Capture 2 3 2

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.