in

“Biar lambat janji ada usaha” – Kongsi Foto Sejadah Panduan Solat Buat Suami, Sarah Hildebrand Dipuji

Ft Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari lepas pelakon berdarah campuran Melayu-Amerika, Sarah Hildebrand sekali lagi mencuri perhatian netizen melalui perkongsian gambar di akaun Instagram miliknya.


Tapi kali ini, rata-rata netizen dilihat teruja dengan posting itu, tak kurang juga yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih mengenai perkongsian yang dibuat oleh pelakon itu.

Apa pula dah jadi ni?

 

Sejadah panduan solat

Menerusi perkongsian itu, Sarah menunjukkan gambar sejadah panduan solat serta tangan seorang lelaki yang dipercayai suami kepada pelakon itu, Otto Gillen.

Selain itu, Sarah turut berkongsikan caption mengenai sejadah itu yang sesuai digunakan oleh saudara baru serta kanak-kanak yang sedang dalam proses mempelajari cara untuk mengerjakan solat.

 

Bertemu di laman sosial Facebook, kedua-dua pasangan tersebut baru sahaja melayari alam rumah tangga selama setahun.

Suaminya Otto, mempunyai darah kacukan Filipina-Amerika pula baru memeluk Islam pada September tahun lalu.

Jadi, sudah tentu banyak perkara mengenai agama Islam yang perlu dipelajarinya.

 

Berminat untuk beli!

Meskipun foto itu bukanlah iklan berbayar, namun tertanya ramai netizen yang berminat untuk membeli sejadah itu bagi memudahkan urusan anak kecil mereka untuk solat.

Rata-rata netizen turut meluahkan hasrat untuk memiliki sejadah ini selain turut mendoakan kemudahan hidup pasangan itu.

 

Capture 1 5

Capture 2 1

Bagus juga ada sejadah macam ni, kadang-kadang kita yang dah biasa ni pun perlu disemak semula bacaan mana tahu ada yang kurang. Semoga Sarah istiqamah untuk mendidik Otto.

Baca : Pakai tudung makcik pun lawa sangat Foto Sarah Hildebrand Cari Ikan Kering Untuk Suami Jadi Perhatian Netizen

Capture 13 6

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.