in

Suami ‘Busy’ Dengan Makwe Sampai Isteri Terpaksa Pilih 99 Nama Allah Untuk Binkan Anak?

collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, seorang influencer Nor Sufia Johari atau sering dikenali sebagai Cik Pia pernah kongsikan bahawa suaminya telah menghilangkan diri sejurus selepas dia melahirkan anak.

Selain itu, Cik Pia juga turut kongsikan yang dia mungkin terpaksa menggunakan ‘bin Abdullah’ ekoran gagal mengesan keberadaan suaminya dan tiada dokumen penting seperti kad pengenalan suami bagi membolehkan anaknya itu dibinkan menggunakan nama suaminya.


Terbaru, Cik Pia telah kongsikan video menunjukkan dia tidak dapat menahan air mata semasa mendaftarkan anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas terpaksa memilih 99 nama Allah untuk binkan anaknya.

@norsufiiajohari

pedih bagai dihiris hati ini..bapak masih live masih ade masa kesana kesini dgn “makwe” tp utk dtg ke JPN daftarkan ank xde masa..#fyp #trending #tiktokmalaysia #tiktok #viral #fypage #fypシ゚viral #fypシ #tiktokviral #tiktoker

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Menerusi kapsyen, Cik Pia turut menyatakan kekesalannya dengan tindakan suaminya itu yang masih sempat membuat live di TikTok serta berjalan ke sana ke sini dengan teman wanitanya dan tergamak membiarkan dia terkontang-kanting seorang diri di JPN.

Pedih bagai dihiris hati ini… Bapak masih live masih ada masa ke sana ke sini dengan “makwe” tapi untuk datang ke JPN daftarkan anak tak ada masa…”

Jelasnya lagi, dia merasa sebak untuk menamakan anak lelakinya yang diberi nama Arumi dengan 99 nama Allah kerana risaukan masa depan anaknya.

Bukan tak nak letak 99 nama Allah, tapi bila fikirkan “keturunan” untuk masa depan Arumi.

Andai bapak dia kahwin empat dan kami tak kenal anak-anak yang lain takut terkahwin dengan adik sendiri.”

Selain itu, Cik Pia turut menasihati suami untuk bertanggungjawab dan jangan biarkan wanita teraniaya sebegini.

Bertanggungjawab wahai suami. Bukan mintak harta, hanya menagih “belas ehsan” untuk letak nama keturunan anak tu je.”

Menerusi ruangan komen, ramai netizen telah meluahkan simpati serta turut mempersoalkan sistem JPN yang tidak boleh bertimbang rasa dengan masalah yang dilalui oleh Cik Pia ini.

Screenshot 2023 02 22 at 3.13.11 PM down

Allahu, memang kesian betul. Moga Cik Pia terus kuat…

 

Baca: ‘Influencer’ Sedih Anak Terpaksa Berbinkan Abdullah Kerana Suami Enggan Ke JPN

cik pia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.