“Suami awak nak 12, awak kena bagi lah, work hard sikit.” – Penceramah Banyak ‘Highlight’ Hal Lucah Masa Kursus Kahwin

Tujuan kursus kahwin di adakan kepada pasangan sebelum mendirikan rumah tangga di Malaysia ni adalah untuk memberikan pendedahan terhadap dunia perkahwinan nanti dari pelbagai aspek.

Tapi lain pula kursus yang dihadiri oleh Fatin Farhana ni, menurutnya ustaz(ah) yang bertugas tu banyak meleret pada satu aspek sahaja. Terlalu banyak fokuskan dan buat lawak padal hal-hal atas katil.

 

Suami dera isteri tu normal lah, isteri dera suami? Tu pelik

Pada mula-mula sesi ceramah, ustaz yang bertugas seolah-olah bias, terlalu banyak menyebelahi lelaki. Malah cara komunikasi ustaz tu seolah-olah macam suami dera isteri itu adalah perkara normal.

Kemudian masa kelas tasawwur islam, dikatakan ustaz banyak mengutuk kenduri kahwin orang, buat lawak hambar dan topik utama yang diberikan langsung tak membina. Boleh dikatakan cakap kosong.

Tapi mujurlah ada ustazah yang bagus semasa pengurusan kesihatan dalam kursus tersebut.

Lepas tu, mulalah datang satu sesi yang agak menjengkelkan kepada wanita ni.

 

Sepanjang sesi asyik buat lawak kotor dan cerita hal-hal seks

Pada saat ustaz tersebut memperkenalkan dirinya kepada umum, mungkin wanita ini rasa ustaz tersebut seorang yang baik dan professional, tapi rupa-rupanya tanggapan dia meleset sama sekali.

Ya lah, lawak lelaki dengan lelaki ni, tak sama dengan lelaki dengan wanita. Jadi, lawak sebegitu rupa memang tak elok.

Dikatakan ustaz tersebut buat lawak kotor, ramai lelaki terhibur tapi perempuan pula rasak tersinggung dan awkward.

Lebih teruk lagi, bahagian-bahagian yang sepatutnya di bentangkan seperti kewangan, kasih sayang dalam slide tu dia skip. Dia lebih fokus pada seks sahaja.

 

“Isteri kalau mak nak mati tapi suami tak bagi balik, kena taat siapa? Suami. Memang tak boleh balik….Kalau suami awak nak anak 12, awak kena bagi lah, kena work hard sikit.”

Konteks yang diberikan itu seolah-olah suami segala-galanya. Bukanlah tak betul, tapi suami pun kena faham antara satu sama lain lah.

Menurut wanita ni, cara penyampaian ustaz tu cuba nak gambarkan bahawa tanggungjawab suami adalah berpandukan seks sahaja.

 

Sebab ni lah ramai suami isteri abaikan anak 

 

Biasalah lelaki nak kahwin banyak, naluri seorang lelaki” – Ustaz

Apa yang dikatakan ini bukanlah kursus kahwin tak bagus, ada je yang bagus, mungkin dia ni salah pilih tempat. Malah, bukan semua lelaki trashy tapi segelintirnya sahaja.

Jadi penderaan rumah tangga bukanlah satu perkara normal, isteri bukan hamba dan poligami tak semestinya jalan penyelesaian. Sepatutnya kena ada sikap toleransi antara satu sama lain.

 

Baca : “Perempuan tak tutup aurat ni memang layak dicabul & dizina” – Netizen Terkejut Ustaz Kursus Kahwin Bagi Ceramah ‘Merapu’

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.