in

Stress & Kurang Selera Makan, Aisyah Hijanah Dedah Saiz Bayi Dalam Kandungan Kecil Dari Usia

Aisyah Hijanah Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh yang menjadi bualan ketika ini, Aliff Teega baru sahaja memuat naik hantaran menyatakan hubungan dengan isterinya, Aisyah Hijanah baik-baik sahaja.


Sementara itu, Aisyah dilihat memuat naik hantaran di Insta Story berkongsi perkembangan terbaharu mengenai kandungannya yang hampir memasuki usia 6 bulan.

Aisyah menjelaskan bahawa semuanya berada dalam keadaan baik, malah turut meminta jasa baik netizen untuk memberikan ruang serta tidak bertanya mengenai isu yang tercetus ketika sesi live.

Artikel berkaitan: “Try hard bethol” – Netizen Tak Puas Hati Posting Terbaru Alif Teega, Akui ‘Bahagia’ Dengan Isteri

Artikel berkaitan: Adik Aisyah Hijanah Dakwa Kakak Kena ‘Control’ Dengan Suami, Disuruh Untuk Bersihkan Nama?

Dalam pada itu, Aisyah juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar bayi di dalam kandungannya yang kini berada di trimester kedua.

Img 3703

Kongsinya, keadaan bayinya adalah normal meskipun saiznya agak kecil daripada usia sebenar. Dedahnya, ia berkemungkinan faktor tubuh badannya yang kecil dan kurang selera makan.

“Bayi agak kecil daripada umurnya. Mungkin banyak faktor badan saya yang kecil, stress sepanjang isu dan kurang selera makan.

“Doakan semoga this baby girl diberikan takdir yang baik, rezeki dan jodoh yang baik, dibesarkan dengan baik dan dijadikan anak yang mudah masuk ke syurga,” katanya.

Img 3704

Sementara itu, dia turut berterima kasih kepada semua yang mengambil berat dan memberi kata-kata semangat terhadapnya.

Sama-sama kita doakan ibu dan bayi dalam kandungannya sihat dan baik serta dipermudahkan urusan…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.