in

“Staf tersebut kontak rapat kami” – Fahmi Fadzil & Kakitangan Pejabat Lembah Pantai Jalani Swab Test Lepas Ada Staf Positif Covid-19

Mb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan ada staff yang baru pulang dari Sabah disahkan positif Covid-19, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil kini dilaporkan menjalani swab test kerana salah seorang kakitangan di pejabatnya itu disahkan positif koronavirus (Covid-19).


Lapor Sinar Harian, beliau dan kakitangan lain di pejabatnya terus ke Klinik Kesihatan Tanglin bagi menjalani ujian saringan pagi tadi sebelum kuarantin diri di rumah.

Semalam salah seorang staf pejabat saya yang baru pulang dari Sabah pada 25 September lalu telah disahkan positif Covid-19. Beliau dibawa ke Hospital Sungai Buloh (Selangor) untuk rawatan dan isolasi.”

Semalam salah seorang staf pejabat saya yang baru pulang dari Sabah pada 25 September telah disahkan positif Covid-19….

Posted by Fahmi Fadzil on Selasa, 29 September 2020

Ini kerana staf tersebut merupakan kontak rapat mereka dan disebabkan itu Pusat Khidmat Ahli Parliimen Lembah Pantai terpaksa ditutup sehingga kuarantin selesai.

120194557 4709740159051295 2901769890917111734 O 120356656 4709740095717968 4102088078052712589 O

“Buat sementara waktu, warga Lembah Pantai yang ingin berurusan dengan pejabat (Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai) boleh menghubungi kami melalui laman FB ini atau melalui e-mel.”

Kata beliau lagi, langkah tersebut bagi mematuhi prosedur SOP sepertimana garis panduan KKM dah tetapkan.

 

Baca : Jangan Takut Pergi Mall! Premis Dikunjungi Individu Positif COVID 19 Selamat Selepas Dinyahkuman – KKM

Fake

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.