in ,

“Sporting gila dorang ni” – [VIDEO] Polis Andorra Joget Baby Shark, Hiburkan Kanak-kanak Masa Lockdown

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak kisahlah negara mana pun, tua atau muda, semua mesti pernah dengar lagu kanak-kanak popular ‘Baby Shark’ kan? Siap hafal lagi cara tarian dia.


Baru-baru ni, tular di media sosial menunjukkan sekumpulan pegawai polis memainkan lagu popular ini dari kereta dorang sambil menari dan ia telah berjaya mencuri hati ramai netizen.

Menurut Gulf Today, pihak polis di Andorra menari lagu ‘Baby Shark’ ini sebagai tanda terima kasih kepada penduduk tempatan yang patuh dengan arahan untuk duduk di rumah semasa lockdown.

Bukan tu je, dorang turut nak hiburkan kanak-kanak yang terpaksa duduk di rumah bersama keluarga sepanjang tempoh lockdown tersebut.

Kalau korang nak tahu, Andorra adalah sebuah negara kecil yang terletak di antara Perancis dan Sepanyol. Setakat ini, negara tersebut telah pun mempunyai sebanyak 370 kes positif Covid-19 dan 8 kematian.

Pada 16 Mac lalu, kerajaan Andorra telah mengumumkan supaya semua kedai ditutup kecuali kedai makan dan farmasi dan melarang segala aktiviti seperti bersukan dan bersosial bagi mengurangkan penularan wabak ini.

Persembahan dari pasukan polis Andorra ini telah mendapat pujian dari netizen di seluruh dunia kerana berjaya menceriakan penduduk di sana di saat-saat kritikal.

Comelnya wehhh, bila polis Malaysia pulak nak buat macam ni?

 

Baca: “Padan Muka, Cari Pasal Lagi” – 2 Pemuda Ditahan Selepas Mengejek Dan ‘Melambai-lambai’ Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.