in

SPM Dan STPM Ditunda Ke Februari & Mac 2021 – KPM

3Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua sedia maklum negara kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga awal Disember nanti bagi mengekang pandemik Covid-19. Pandemik ini bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi, bahkan turut memberi kesan kepada sektor pendidikan di negara kita.


Kerajaan telah mengumumkan peperiksaan UPSR dan PT3 untuk tahun 2020 telah dibatalkan beberapa bulan lepas. Terbaharu peperiksaan SPM dan STPM terpaksa ditunda ke tahun hadapan.

Memetik Sinar Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin telah meminda tarikh bagi kedua-dua peperiksaan berkenaan.

Screenshot 2020 11 08 At 1.37.45 Pm
Sumber: astro awani

Dalam satu sidang media di Putrajaya, beliau telah mengumumkan tarikh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ke tahun hadapan iaitu pada 22 Februari 2021.

Sementara itu, beliau juga berkata peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) turut ditunda ke tahun hadapan iaitu pada 8 mac 2021

 

Baca: 1754 Sekolah Ditutup, Kini Hampir Sejuta Pelajar Di Malaysia Tidak Ke Sekolah Gara-gara Covid-19

Screenshot 2020 11 08 At 1.40.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.