Video mukbang sememangnya menjadi fenomena dan sering ditonton oleh peminat video seumpama itu di seluruh dunia. Jumlah view video mukbang ni ada yang sampai cecah jutaan tau.
Kali ini, seorang influencer di China mungkin akan berdepan tindakan undang-undang selepas memuat naik konten mukbang makan ikan jerung putih baru-baru ini.
Influencer yang dikenali sebagai Tizi itu telah menjadi perhatian ramai setelah videonya yang menunjukkan dirinya memanggang dan makan ikan tersebut tular di negara itu.
Dalam video mukbang tersebut yang kini telah dipadamkan, wanita berkenaan dilihat memerap dan memanggang ikan yang bersaiz 2 meter panjang itu manakala kepala ikan itu pula dimasak dalam kuah pedas.
Dia juga berkata dalam video itu bahawa daging ikan itu sedap dan lembut walaupun ia nampak macam ganas.
Menurut The Guardian, selepas video itu viral, dia kemudiannya telah disiasat oleh pihak polis di sana sebab ikan yang dimakannya merupakan ikan yang disenaraikan dalam kumpulan spesis yang dilindungi kerana terancam di China.
Ini kerana populasi ikan berkenaan mula berkurangan di laut akibat ada pihak yang mahu mengambil siripnya.
Rata-rata netizen di sana mengecam tindakan wanita itu kerana berani makan haiwan yang dilindungi di depan khalayak ramai.
Sebelum ini, kerajaan China telah mengharamkan penyiaran video mukbang yang mempromosikan pembaziran makanan berikutan kuantiti makanan yang sengaja diambil dalam jumlah yang berlebihan semata-mata untuk konten.
Sumber: The Guardian
Baca: Nikocado Avocado: YouTuber Vegan Jadi Obes & Berpenyakit Dek Kerana Mukbang