in

“Sotong kecik RM2 seketul?” – Pemuda Terkejut Makan Nasi Berlauk Cecah RM71 Di KL

Ft Rm71 Tak Masuk Akal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah ciapan di Twitter yang memaparkan seorang pemuda berkongsi kisahnya apabila dia dikenakan harga makanan yang tinggi di sebuah kedai makan dan ia  mendapat perhatian warganet.


Sotong seketul RM2?!

“Terkejut lunch break kena RM28 & RM37 (tak termasuk air), ambik sotong katanya kena caj RM2 seketul padahal sotong kecik-kecik.. dekat Desa Pandan,” tulisnya.

Ciapan oleh akaun @isusemasaviral itu telah meraih 1.9 juta tontonan dan meraih 5,000 tanda suka serta hampir 3,000 ciapan semula dalam masa dua hari di platform Twitter.

Menerusi ciapan berkenaan dapat dilihat, seorang pemuda sedang makan tengah hari bersama rakannya di sebuah restoran di Desa Pandan, Kuala Lumpur (KL).

Tapi apa yang menarik perhatian netizen ialah, harga makanan mereka yang mencecah RM71 itu boleh dikatakan tidak masuk akal.

Fnur0Eixgaiy53P

Kelihatan lauk yang diambil ialah, ikan, petai, daging dan sotong. Bagaimanapun difahamkan sotong kecil tersebut telah dicas sebanyak RM2 seekor walaupun saiznya agak kecil.

Harga untuk 2 pinggan nasi berlauk tersebut adalah RM65 tidak termasuk harga air minuman mereka.

Netizen terkejut!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan harga yang dikenakan oleh peniaga tersebut kepada dua orang pemuda itu dan ada juga netizen yang berkongsi kisah mereka yang melalui perkara yang sama.

Screenshot 2023 01 27 171213 1

Pehhhh korang rasa berbaloi ke dia bayar RM71 ni?

Baca : “Baik makan buffet” – Netizen Terkejut Harga Sepinggan Nasi Kandar Di Food Court Dekat KL Cecah RM86?!

Ft Nasi Kandar Rm86 1 758X399 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.