in

“SOP semua ke laut” – Gara-gara Buat Majlis Buka Puasa & Moreh, Kes Di Terengganu Terus Meningkat Sampai Cetus Kluster

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua hari yang lepas, Terengganu telah mencatatkan tiga digit kes harian Covid-19 dan dianggarkan terus kekal tiga digit sehingga hari ini.


Menerus Facebook peribadi, Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus mengatakan pihaknya tak terkejut dengan peningkatan kes ini gara-gara kelakuan masyarakat di sana sendiri yang menyebabkan penularan berlaku dengan pantas.

Menguatkan kenyataannya, Nor Azimi turut kongsikan beberapa kes yang mengesahkan tiada pematuhan SOP di kalangan rakyat sehingga mencetuskan kluster.

Kisah 1

“Lepak lepak bersama 18 orang kawan di sebuah rumah kosong di Setiu. Akhirnya 17 disahkan positif melibatkan kawan lepak dan ahli keluarga. Seramai 162 kontak rapat dikesan.”

Kisah 2

“Seorang dikesan positif untuk saringan masuk kerja di Johor. Semua kontak rapat famili di Dungun disaring. Akhirnya 41 ahli keluarga dan kawan disahkan positif serentak. Seramai 245 kontak rapat dikesan.

“Rupanya ada beberapa buah rumah dalam pagar yang sama. Turun naik rumah itu biasa.”

Unknown

Kisah 3

“Menganjurkan majlis berbuka puasa melibatkan 20 orang. Akhirnya tercetus Kluster Bukit Pauh di Dungun dengan jumlah kes positif 78 orang dan 496 orang kontak rapat.

“Merebak pula ke Kuala Terengganu bila kes tadi ada diskusi dan moreh di kedai makan. Akhirnya 2 kawan dikesan positif.”

Kisah 4

“Masak ramai2 buat majlis berbuka puasa di sebuah surau di Marang. Macam2 aktiviti dibuat sebelum raya. Sukaan sungguh semua orang. Akhirnya 26 disahkan positif. Seramai 283 orang kontak rapat dikesan.”

Kisah 5

“Pergi mesyuarat di KL. Tidak buat penilaian risiko. Masuk kerja macam biasa. Akhirnya 36 disahkan positif. Akhirnya ribuan kontak terpaksa disaring.”

Whatsapp Image 2021 05 07 At 6.48.52 Pm

Berpuluh puluh kisah boleh dishare untuk diambik iktibar untuk mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP. SOP semua KELAUT. Sebab apa kelaut. Sebab mereka tak cakna, sambil lewa dan perlekehkan PEMATUHAN SOP. Semuanya dianggap rekaan dan menyusahkan.”

Mengulas lanjut, Nor Azimi meminta orang ramai untuk jangan ambil mudah dengan kebolehjangkitan virus Covid-19 dan sentiasa mematuhi SOP serta tangguhkan majlis yang memerlukan orang ramai untuk berkumpul.

Kalau rakyat Terengganu rasa mereka kebal kepada Covid 19 teruskan aktiviti suka ria kalian.”

Betul, sentiasa patuh SOP, kita tak tahu siapa yang bawa virus ni…

 

Baca: Jemaah Sanggup Solat Terawih Dalam Gelap & Sorok Selipar Antara Punca Tercetus Kluster Pauh Lima

Ft Klusterpauh

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.