in

Smoke Candy, Trend Gula-Gula Terbaru Ala Rokok dan Vape Dijual Kepada Kanak-Kanak!

Ghost Smoke
Lobak Merah
Lobak Merah
Smoke Candy, Trend Gula-Gula Terbaru Ala Rokok dan Vape Dijual Kepada Kanak-Kanak!
Loading
/

Kanak-kanak antara kumpulan yang paling mudah terpengaruh dengan segala bentuk iklan di kaca televisyen mahupun disaji di depan mata.

Selaku ibu bapa kita pasti mahukan mereka seronok tapi kalau dah sampai meniru-niru snek makanan dengan gaya merokok dan vape, macam mana?

Gula-gula dihisap dihempus seperti rokok, vape

Kecoh di Facebook dan group Whatsapp dalam kalangan ibu bapa apabila sebuah video viral menunjukkan sekumpulan kanak-kanak sedang makan snek atau makanan ringan.

Kanak-kanak sekolah rendah itu dirakam sedang menikmati gula-gula yang dihisap dan kemudiannya dihembus seperti asap rokok.

Sedut gula-gula, keluar asap

Tak pasti kejadian ini berlaku di mana tapi perakam video berkenaan didapati bertanyakan sama ada memang itukah cara menikmati gula-gula berkenaan.

Kita boleh lihat mereka cuma perlu menyedut sepaket kecil gula-gula berkenaan menerusi tiub sebelum ia keluar dalam bentuk asap.

Vape 4
sumber: facebook
Vape 3
sumber: facebook

Gaya bukan main lagi. Mesti pernah tengok orang di sekeliling mereka buat aksi serupa, kan?

Smoke Candy, dijual 50 sen sepaket kepada kanak-kanak

Menurut posting-posting yang ditemui di Facebook, gula-gula ini digelar Smoke Candy atau Ghost Smoke.

Ia dijual dengan harga yang sangat murah di laman-laman web membeli-belah atas talian dengan harga RM10 untuk sekotak gula-gula.

67314725 632330623916617 7875492401790320640 N
sumber: facebook
67451974 632330650583281 8834787018232823808 O
sumber: facebook

Kemudian, gula-gula ini dijual semula kepada kanak-kanak ini di luar sekolah pada harga 50 sen sepaket. Wow, lumayan!

Tapi ada juga netizen dakwa gula-gula ini telah lama dijual dan ia sebenarnya gula-gula berbentuk serbuk dan dipanggil Pop Drink.

sumber: twitter

Tak dapat dipastikan sejauh mana selamat jajan atau snek yang banyak dijual di luar pagar sekolah ini.

Tapi mungkin kita selaku golongan dewasa boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan monitor apa yang anak-anak kita beli dan makan di luar sana.

Baca: Bapa Terkejut Lihat Anak Makan Gula-gula Menyerupai Deodorant

Page 16