Bila bergelar pelajar kolej atau universiti, sudah pasti korang semua akan berdepan dengan situasi menjengkelkan sewaktu menyiapkan tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah masing-masing. Ternyata pengalaman inilah yang bakal mendewasakan dan memupuk semangat kerjasama dalam sesebuah team untuk menyelesaikan tugasan tersebut dengan sempurna.
Namun, pernah tak korang terpaksa berdepan dengan sesetengah ahli kumpulan yang digelar ‘sleeping partner’ gara-gara langsung tidak menunjukkan sikap tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan berkumpulan malah, ‘ghaib’ pula apabila diseru namanya?
Seperti kisah pemuda ini yang menzahirkan kekecewaannya terhadap salah seorang ahli kumpulannya menerusi perkongsiannya di laman Twitter @ezdenhar sehingga tular dalam kalangan netizen.
Tak beri kerjasama, selalu bluetick
Menerusi tangkapan layar perbualan WhatsApp antara dia dan ahli kumpulannya yang lain, pemuda itu memberi warning tegas kepada salah seorang ahli kumpulannya yang langsung tidak mahu bekerjasama menyiapkan tugasan berkumpulan mereka. Malah, individu tersebut langsung tidak memberi sebarang respond dan hanya memberikan bluetick sahaja apabila namanya diseru.
Jangan jadi tunggul kayu ye asyik nak bluetick… pastu senang-senang dapat markah free… aku ni tak heran pon kau ni senior ke apa ke…”
Apa yang lebih mengejutkan, ahli kumpulannya yang bergelar ‘free rider’ itu juga merupakan seorang senior yang mengulang semula subjek tersebut!
Kalau kau repeater buat cara repeater.
Bukan itu sahaja, gadis tersebut juga dikatakan langsung tidak berterima kasih dengan ahli kumpulannya yang lain yang gigih untuk menyiapkan slides tugasan yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya.
Aduhai, tak fikir masa depan ke?
Last-last kena ‘kick’ keluar dari group
Bengang apabila teguran ‘panasnya’ itu turut diabaikan, dia akhirnya nekad untuk mengeluarkan ‘free rider’ terbabit daripada group WhatsApp mereka.
Perkongsian yang dimuat naik sejak dua hari yang lepas itu berjaya meraih pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan pemuda terbabit yang nekad untuk ‘kick’ gadis terbabit daripada kumpulan tersebut gara-gara sikapnya yang hanya tahu mengambil kesempatan.
https://twitter.com/ezdenhar/status/1342865833249280000