in

SKMM Diminta Tidak Teruskan Penghalaan Semula DNS

Skmm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk tidak meneruskan pelaksaaan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS) yang diwajibkan kepada semua penyedia perkhidmatan internet (ISP) di Malaysia.

Screenshot 2024 09 08 At 2.09.57 Pm

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, SKMM perlu meneruskan siri libat urus dengan semua pemegang taruh yang berkepentingan untuk mendapatkan padangan, cadagan serta saranan bagi memastikan objektif internet lebih selamat tercapai.


Fahmi berkata demikian dalam hantaran di akaun X beliau @fahmi_fadzil awal hari ini.

Artikel berkaitan: Tidak Bersungguh Sekat Kandungan Memudaratkan, SKMM Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Meta

Artikel berkaitan: “Budak darjah 4!” – Penceramah Dedah Pelajar Buat Perniagaan S*ks Di Sekolah

Screenshot 2024 09 08 At 2.05.19 Pm

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Pegawai Rangkaian SKMM, Datuk Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen berkata, arahan terhadap ISP untuk mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS SKMM tidak akan menjejaskan, menganggun atau menyekat pengguna melayari laman web yang sah.

Tambah beliau lagi, hanya laman web yang menyalahi undang-undang akan terkesan dengan pelaksanaan itu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.