in

Skandal Beg Mewah Sampai Libatkan Kematian? Ini 5 Kontroversi Isteri Presiden Korea Selatan Yang Ramai Tak Tahu!

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Khamis lalu, seorang pegawai atasan agensi anti rasuah Korea Selatan yang dikenali kerana mengetuai siasatan melibatkan Wanita Pertama Kim Keon Hee yang merupakan isteri kepada Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol serta bekas ketua pembangkang Lee Jae-myung telah ditemui mati.

Menurut The Korea Herald, pegawai tersebut ditemui mati di sebuah apartment yang terletak di Sejong City pada jam 9.50 pagi bersama satu nota bunuh diri oleh seseorang yang telah datang untuk memeriksanya selepas dia gagal muncul di pejabat dan menjawab panggilan telefon.


Pihak polis kini sedang menyiasat punca kematian pegawai ini.

Kalau korang nak tahu, pegawai tersebut baru-baru ini telah memegang jawatan sebagai pemangku pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Hak Sivil (ARCR) biro rasuah dan telah menyelia pelbagai siasatan melibatkan polisi intergriti.

Siasatannya termasuklah menyelia kes dakwaan politik seperti siasatan ke atas penggunaan helikopter oleh Lee Jae-myung ketika serangan pisau yang berlaku pada Januari lalu serta mengkaji tuduhan terhadap Wanita Pertama Kim Keon Hee mengenai beg mewah bernilai 3 juta won.

1Fdd4119 Aa90 4C1D A1A8 51C28Df74C68

Pada Jun lalu, ACRC telah menutup kes ‘skandal beg tangan mewah’ ini selepas memastikan bahawa hadiah tersebut tak ada kena mengena dengan tugas rasmi Presiden Yoon Suk Yeol dan tidak menyalahi undang-undang anti rasuah ekoran tak ada klausa hukuman yang dikenakan ke atas pasangan pegawai awam.

Ekoran keputusan ini, pegawai tersebut dikatakan telah mengalami tekanan psikologi yang tinggi ekoran ada dakwaan mengatakan pegawai atas ACRC telah menyuruhnya untuk menutup kes tersebut walaupun ada keraguan di pihaknya.

Dalam salah satu mesej yang dihantar menggunakan Kakao Talk, pegawai ini meluahkan rasa tertekan dan meminta maaf atas segala kekecawaan yang dilakukannya.

Untuk pengetahuan korang, Wanita Pertama Korea Selatan dan isteri Presiden Yoon Suk Yeol telah terlibat dengan beberapa kontroversi sejak suaminya memegang jawatan tertinggi ini. Kontroversi ini telah mencetuskan perdebatan awam dan politik di Korea Selatan serta kesannya terhadap jawatan presiden tersebut.

Artikel berkaitan: “Penembak South Korea ‘badass’ betul” – 5 Atlet ‘Hot’ Yang Curi Tumpuan Ramai Di Olimpik 2024

Artikel berkaitan: 5 Jenayah Yang Pernah Gemparkan Korea Selatan & Filem Yang Dibuat Berdasarkan Kisahnya

1. Tuduhan menipu akademik dan kerjaya

Gettyimages 1794515166 E1706271152263.Jpg

Antara kontroversi terawal melibatkan Kim Keon Hee adalah dia telah didakwa menipu akademik dan kerjayanya di dalam resume. Keon Hee dikatakan telah meletakkan kelayakan melebihi apa yang dia sebenarnya ada termasuk pendidikan dan pengalaman profesionalnya di dalam dokumen yang diserahkan kepada universiti dan institusi lain ketika mencari pekerjaan.

Ekoran ini, Keon Hee telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengatakan yang dia tak sepatutnya buat begitu. Wanita ini juga turut mengaku bersalah atas kecuaian tersebut.

2. Tuduhan manipulasi saham

Kim Keon Hee turut menghadapi tuduhan yang dikaitkan dengan penipuan saham. Beberapa laporan mengatakan yang wanita ini telah terlibat dalam beberapa aktiviti perdagangan saham yang berkait dengan sebuah syarikat Deutsch Motors iaitu pengeluar kereta BMW di Korea Selatan.

Tuduhan mendakwa bahawa Keon Hee telah terlibat dalam satu skim menaikkan harga saham syarikat tersebut dengan membuat penipuan di mana ia merupakan satu jenayah kewangan yang serius.

Walaupun penyokongnya telah menafikan tuduhan tersebut, siasatan yang dijalankan ke atas wanita ini telah membuatkan dia menerima banyak kecaman.

Korea

3. Skandal beg tangan mewah

Dalam salah satu kontroversi terbaru, isteri kepada Presiden Korea Selatan ini telah dirakam menerima satu beg tangan mewah berjenama Dior apabila pasangan pegawai awam jelas dilarang untuk menerima apa-apa hadiah melebihi US$750 setahun.

Video tersebut telah dirakamkan oleh Paderi Korea-Amerika Choi Jae Young yang menunjukkan dia telah berjalan ke kedai Christian Dior untuk membeli satu beg tangan dengan resit menunjukkan harga beg tangan tersebut berjumlah 4 juta won.

Video tersebut diteruskan dengan melihat Jae Yong berjalan ke pejabat Covana Contents iaitu satu perniagaan yang dimiliki oleh Keon Hee. Jae Yong kemudiannya telah berjumpa dengan Keon Hee dan menyerahkan beg tangan Dior di mana dapat mendengar Kim Keon Hee berkata:

Jangan asyik buat benda ni. Jangan beli barang yang mahal macam ni lagi.”

Menurut Jae Yong, dia mengaku telah merancang pembelian tersebut dan merakamkan penyerahan tersebut menggunakan jam tangannya. Dia berkata, dia berjaya berjumpa dengan Keon Hee secara terus ekoran mereka berdua datang dari kampung yang sama.

Dia telah bertindak merakamkan video tersebut kerana dia percaya bahawa Kim Keon Hee sering menyalahgunakan kuasanya sebagai Wanita Pertama.

Pun begitu, penyokong parti PPP mengatakan bahawa Keon Hee telah diperangkap dalam situasi tersebut.

4. Sering bagi kenyataan tak sensitif

Kim Keon Hee juga sering dikritik atas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya kepada media. Di dalam temubual atau kemunculan awam, wanita ini sering membuat kenyataan yang dilihat sebagai kontroversi dan tidak sensitif sehingga dia menerima kecaman dari orang awam dan media.

Salah satu contoh, Keon Hee telah dikritik kerana beberapa komennya yang dilihat seperti tidak memahami kesusahan harian yang dialami oleh penduduk-penduduk di Korea Selatan.

Selain ini, interaksinya dengan media juga kadang-kadang dilihat seperti telah dirancang dan dia turut dituduh cuba untuk mengawal dan memanipulasikan media.

5. Peranan dalam Pejabat Presiden Korea

Terdapat beberapa perdebatan mengenai pengaruh Kim Keon Hee ke atas suaminya. Beberapa laporan mengatakan yang wanita ini memainkan peranan yang penting dalam membuat sesuatu keputusan di pejabat presiden sekaligus ada kebimbangan tentang penglibatannya dalam hal ehwal kerajaan.

Sebagai Wanita Pertama, Keon Hee tak sepatutnya masuk campur dalam keputusan politik atau kerajaan namun begitu, ada penyokong yang telah mempertahankan haknya untuk menjadi pasangan yang aktif ketika suaminya memegang jawatan terpenting ini.

Sumber: Sinar Daily, Time

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.