in

“Siti Nurhaliza ke Blackpink?” – ‘Bertembung’ Dengan Konsert Artis K-Pop, Penganjur Pastikan Keadaan Terkawal

konsert bulan bintang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak artis antarabangsa yang membuat persembahan di Malaysia.

Paling yang ditunggu-tunggu ialah konsert artis K-Pop terhangat iaitu Blackpink yang akan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 4 Mac ini, tiket konsert tersebut habis dijual dalam masa 30 minit selepas dibuka.


Pun begitu, pada tarikh yang sama sebuah lagi konsert yang diberi nama Malam Bulan Bintang, menampilkan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato M. Nasir serta Salammusik akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

https://www.instagram.com/p/Cn63X_SpBMv/

Dalam laporan Buletin TV3, Azzim Zahid Azmi selaku pengasas jenama Bulan Bintang menyatakan pihak mereka telah mengambil langkah awal bagi memastikan konsert tersebut berjalan lancar.

“Ketika kami mengumumkan tarikh konsert Malam Bulan Bintang yang jatuh pada tarikh dan lokasi sama dengan konsert Blackpink, kami menerima pelbagai reaksi daripada peminat Bulan Bintang, peminat penyanyi yang membuat persembahan dan peminat Blackpink.

Mengambil kira maklum balas yang diterima kami sudah melakukan perbincangan dengan pihak Prasarana Malaysia Berhad untuk menambah tempoh operasi Transit Aliran Ringan (LRT).

Dalam masa sama, kami juga berharap peminat yang bakal hadir untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari kejadian,” katanya.

Perkara yang sama pernah berlaku tahun lalu apabila berlangsungnya konsert Dewa 19 dan Final Piala FA secara serentak dan menyebabkan kesesakkan lalu lintas di kawasan tersebut.

“Melihat situasi itu kami percaya semuanya dapat dikawal dengan baik. Malah kami juga sudah berurusan dengan pihak pengurusan Axiata Arena untuk menyediakan kawasan parkir berbayar untuk peminat konsert Malam Bulan Bintang,” katanya lagi.

Sebagai info, konsert Malam Bulan Bintang bakal membawakan muzik Islamik kontemporari yang diiringi oleh band orkestra terkemuka diketuai oleh Chaan.

Antara barisan artis terkemuka tanah air dan antarabangsa yang bakal membuat persembahan ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir, Sabyan dan Opick.

Korang pergi yang mana satu? 

Baca: Nyanyi Lagu Duet Tamil, Siti Nurhaliza Pukau 60,000 Penonton Konsert A.R Rahman

F2 Ctdkar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.