in

“Siram air pada dinding tandas” – Adab Masuk Tandas Yang Ramai Tak Aware

Untitled Collage 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tandas adalah tempat kita menyingkirkan sisa perkumuhan yang telah habis diproses oleh badan.


Tandas juga adalah tempat perkumpulan makhluk bernama bakteria, yang suka pada tempat-tempat kotor.

Jadi sebab itulah kita wajib memberi perhatian sewajarnya terhadap hal ehwal kebersihan tandas ni, lebih-lebih lagi jika tandas itu dikongsikan bersama orang awam seperti di pejabat misalnya.

Dalam Islam, ada adab yang diajarkan kepada kita sebelum masuk ke tandas.

Antaranya termasuk membaca doa masuk tandas, melangkah dengan kaki kiri dan memakai lapik kaki (selipar).

Cleaning Toilet Tease Today 160818 8Fdb7Cd9067A4482122C3E229A13C4E2

Ketiga-ketiga adab di atas mungkin kita sudah biasa amalkan. Tapi ada lagi satu adab yang kita kurang aware sebenarnya — iaitu mengalirkan air ke dinding sewaktu masuk ke tandas.

Perkara ini dikongsikan seorang pengguna Facebook, Iqbal Hamzi Md Anuar

Screenshot 2019 07 21 13.55.32

Screenshot 2019 07 21 13.56.40

Islam amat menitikberatkan kebersihan dalam setiap aspek kebersihan umatnya.

Namun ia bukanlah bermaksud kita perlu merasa was-was setiap kali masuk atau keluar tandas.

Cuma sekadar menjadikan amalan ini satu kebiasaan sebab kadang-kadang kita tengok orang pandang remeh perkara-perkara melibatkan kebersihan tandas ni.

Bila bersih, jiwa pun tenang kan?

 

Baca: “Syak sorang mamat pervert ni tapi…” – Pelanggan Terkejut Ada Orang Selit Kamera Dalam Berus Tandas Lelaki

Hiddencamera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.