in

Singapura Jadi Negara Pertama Di Asia Tenggara, Ada Fungsi Navigasi Basikal Di Google Map

Bicyle Friendly Lane Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti berbasikal sering menjadi pilihan ramai untuk memulakan gaya hidup lebih sihat kerana lebih ‘ringan’ berbanding berlari walaupun memakan kos yang agak tinggi jika mahu memulakan aktiviti tersebut kerana perlu membeli basikal dan lain-lain.

Jarang dilihat di Malaysia kerana faktor jalan yang sibuk dan kurang selamat, berbasikal merupakan salah satu medium pengangkutan untuk ke pejabat oleh mereka yang tinggal di kawasan yang padat seperti New York, Jepun dan lain-lain.


Walaupun begitu, tidak banyak aplikasi navigasi yang tersedia untuk mereka gunakan untuk membantu sesi kayuhan, lebih-lebih lagi yang mempunyai fungsi untuk mencadangkan laluan khas untuk berbasikal yang selamat.

Google Map Singapura

Difahamkan, walaupun aplikasi seperti Google Maps mempunyai fungsi tersebut, ianya hanya tersedia untuk sesetengah pengguna dari beberapa buah negara dan bukannya semua. Biasanya, negara-negara di Asia Tenggara sering ‘dipinggirkan’ kerana tiada kemudahan untuk mereka yang berbasikal seperti lorong khas dan sebagainya.

Namun, kemaskini terbaru daripada Google telah memasukkan Singapura untuk menerima fungsi navigasi basikal dan ini menjadikan mereka sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai fungsi tersebut menerusi aplikasi Google Maps.

gif google maps cycling feature

Mempunyai jarak laluan berbasikal sejauh 6,800 kilometer secara keseluruhan, nampaknya pengguna basikal di Singapura bakal menerima manfaat daripada kemaskini yang bakal menunjukkan laluan khas basikal, fungsi navigasi dan juga laluan mesra basikal di negara berkenaan.

Difahamkan, kemaskini yang diterima oleh Singapura ini berlaku pada masa yang sangat sesuai kerana pencarian laluan berbasikal di sana meningkat sebanyak 400% sejak 2019 dan menurut Ketua Perkongsian Geo (Asia Tenggara) di Google, Cordula Oertel, fungsi ini diharapkan dapat memberikan pengalaman berbasikal yang selamat dan berguna untuk penunggang basikal semasa mereka merancang perjalanan mereka.

Bicycle in Singapore

Ciri navigasi berbasikal baharu ini juga akan membantu penunggang basikal mengelakkan terowong dan lebuh raya, yang biasanya akan menimbulkan bahaya keatas keselamatan penunggang basikal selain mereka boleh berdepan hukuman berat jika mereka ditemui di tempat ini, walaupun mereka tersesat.

Seperti ciri navigasi lain di Peta Google (seperti berjalan kaki, memandu, pengangkutan awam), penunggang basikal juga akan mendapat pemberitahuan ETA, serta maklumat tentang perubahan ketinggian. Ini sangat membantu ye jika korang berbasikal.

Harap fungsi ini turut ‘sampai’ ke Malaysia lah, sekarang pun banyak kes orang berbasikal tak kena tempat kan? 

Baca : “Nasib baik tak bersepah” – [VIDEO] Aksi Melulu Pemuda Berbasikal Tukar Lane Buat Netizen ‘Seriau’

pages

Sumber: Mashable SEA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.