in

Singapura Cipta ‘Smart Mask’ Bantu Pantau Gejala Pesakit COVID-19

Untitled Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saintis Singapura berjaya membangunkan satu ciptaan pintar, yang berupaya membantu petugas barisan hadapan negara itu dalam memerangi penularan COVID-19.



Ia merupakan satu sistem pemantauan bersepadu berbentuk cip sebesar ibu jari yang boleh dipasangkan pada topeng muka, bagi mengesan sebarang perubahan gejala pada pesakit yang telah dijangkiti virus berkenaan.

Memetik laporan Straits Times, sistem itu boleh mengesan antaranya termasuk suhu kulit, tekanan darah dan kadar degupan jantung — yang mana kesemua ini saling berkait rapat dengan gejala virus itu.

Salah seorang saintis yang bertanggungjawab menghasilkan ciptaan itu, Profesor Loh Xian Jun berkata — matlamat mereka adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan petugas barisan hadapan di republik itu.

Berdasarkan pemerhatian mereka sebelum ini, petugas perubatan perlu masuk ke wad isolasi setiap 30 minit untuk mengambil suhu pesakit dan memeriksa ketepuan oksigen dalam darah mereka.

Ia secara tidak langsung meletakkan petugas ini dalam risiko tinggi untuk mendapat jangkitan daripada pesakit, justeru idea itu timbul untuk memudahkan tugas pemantauan frontliners ini ke atas pesakit-pesakit.

Pembuatan cip itu dihasilkan dengan gabungan bahan seperti kulit buatan dan kalis air. Malah dalam versi terbaharunya, ia turut dilengkapi dengan peranti Bluetooth untuk membolehkan real-time data disampaikan terus kepada telefon pintar.

Fhscientists100920

Topeng pintar tersebut akan melalui beberapa ujian klinikal menjelang hujung bulan ini, sebelum ia boleh mula dipasarkan dalam masa terdekat.

 

Baca: “Takut hilang telinga je nanti” – Individu Di India Beli Topeng Emas Dengan Harga RM171,500!

Capture 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.