in

“Sikit lagi nak kena”- [VIDEO] Wanita Hampir Kena Hempap Dengan Sofa Yang Jiran Campak Dari Tingkat Atas

Cats 79

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila hidup berjiran lagi-lagi yang duduk di rumah apartment, kita kena pandai hormat jiran-jiran atas bawah kita. Islam pun ada ajar kita adab berjiran, betul tak?


Namun, tindakan seorang jiran ini hampir-hampir buat wanita ini cedera tau.

 

Buang sofa dari tingkap

Menurut The Sun, seorang lelaki yang merupakan penduduk di sebuah apartment dengan selamba membuang sofa dia ke luar tingkap. Kebetulan pula ada seorang wanita sedang lalu di kawasan itu dan dia hampir-hampir dihempap dengan sofa tersebut tau. Nasib baik dia sempat elak.

Kejadian yang berlaku di Uskudar, Turki itu berlaku bila pemilik sofa yang bernama Mesut Duran dikatakan malas untuk turun buang sofa lama dia selepas dia membeli sofa yang baru.

Lelaki yang dipanggil Mesut itu berkata yang dia tengok dekat bawah bangunan tak ada orang, so, dia ingat boleh sahaja buang sofa di luar tingkap.

“Saya tengok tak ada sesiapa di tingkat bawah bangunan, jadi saya berfikir untuk buang sahaja sofa dekat luar tingkap.”

Mesut

 

Terkejut ada orang tiba-tiba keluar dari bangunan

Dia sangka tak ada orang akan lalu, tapi tiba-tiba ada seorang wanita keluar dari bangunan tersebut dan hampir-hampir terkena sofa yang lelaki campak itu dari tingkat atas.

Wanita itu pun nampak takut dan cemas bila perasan tiba-tiba ada sofa dicampak dari atas. Dia segera pandang ke atas dan angkat tangan tanda dia annoying kepada lelaki yang campak sofa itu sebelum beredar. Sikit lagi dia nak kena sofa tu tau. Bahaya gila.

Sofa From Above 2

Sofa From Above

“Sofa yang saya campak itu hampir terkena pada dia. Saya pun terkejut sebab tiba-tiba ada orang keluar dari bangunan itu.”

Kalau ye pun malas, jangan la sampai macam tu. Cuba bayangkan kalau sofa tu terhempap dekat atas orang, uish memang ngeri. Nauzubillah..

 

Sumber: The Sun

Baca:”Campak sampah dari atas”- Dianggap Flat Terkotor di Pulau Pinang, Penduduk Sendiri Antara Punca Keadaan Sekeliling Macam ‘Neraka’

Capture 49

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.