Viral di TikTok baru-baru sebuah video yang dirakam oleh pekerja penghantar makanan menunjukkan keadaan jijik dan kotor sebuah flat di Pulau Pinang. Melalui video itu, boleh dilihat dinding sudah berlumut, lantai, tangga dan persekitaran flat juga sangat kotor, basah dan tidak terurus.
https://www.tiktok.com/@hibatullahdanial/video/6919524075635297538
Anparasan Selvadurai, setiausaha badan pengurusan Flat Teluk Indah itu menggesa agar pihak berkuasa membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk menambah baik, membaiki dan menyediakan kemudahan supaya penghuni dapat tinggal dalam persekitaran lebih bersih.
Katanya, jumlah itu adalah paling minima yang diperlukan untuk membaiki dua blok flat 21 tingkat terletak di Perai itu. Menurut FMT, Anparasan sendiri secara sukarela memegang jawatan tersebut memandangkan tiada penghuni lain yang sudi.
Kami tinggal di neraka. Sejak lima tahun lalu.”
Berikut adalah apa yang dicadangkan oleh Anparasan:
- Pemasangan sistem kad akses yang hanya membenarkan kemasukan penghuni yang membayar yuran penyelanggaraan sahaja
- Pemasangan CCTV di 32 lokasi strategik
- Pemasangan jaring di setiap tingkat untuk menghalang pembuangan sampah
- Dua pam air untuk menggantikan pam yang sering rosak
- Semua enam lif yang sering rosak, diperbaiki secara tetap
Penduduk tak ada sivik, campak sampah ke bawah
Difahamkan, sikap penghuni flat tersebut juga menyumbang kepada keadaan persekitaran yang kotor dan dipenuhi sampah sarap. Penduduk sentiasa mencampak sampah ke lantai bawah di antara dua blok berkenaan. Disebabkan itu, beg plastik sampah akan pecah dan bau busuk yang keluar mencemarkan udara.
Kata penghuni, sekali sekala sebungkus sampah akan “jatuh dari langit” terutamanya pada lewat tengah malam. Antara yang dibuang selain sampah makanan adalah botol kaca dan ada juga yang membuang almari kayu begitu saja dari tingkat atas.
Beg sampah “mendarat seperti bom”, pekerja pembersihan cedera dihempap
Ketika wartawan melawat kawasan itu, penghuni turut memberi amaran agar tidak berada lama di koridor kerana sampah yang bocor akan terpercik ketika jatuh ke bawah. Menurut penduduk bernama Ashikin,
Baunya sangat busuk, terutama apabila panas.”
Rajes yang juga bekerja sebagai penjual sayur-sayuran di lobi lif pula berkata, beg sampah kadang kala “mendarat seperti bom” pada tengah malam dan mengejutkan penghuni.
Pekerja pembersihan pula sering rasa mereka berada dalam episod “Fear Factor” kerana terpaksa menjadi “stuntman”, berebut dan kelam kabut mengutip sampah sebelum ada yang “mendarat” atas kepala. Antara kes yang pernah terjadi kepada pekerja pembersihan sebelum ini:
- Dibawa ke hospital, cedera selepas dihempap sebungkus kulit durian
- Lengan membengkak satu jam selepas mengutip sampah, disyaki akibat jangkitan bakteria
Anparasan berkata memang dia pernah membawa beberapa orang pekerja pembersihan ke klinik beberapa kali sebelum ini. Lebih mengecewakan, pihak pengurusan sudah cuba beberapa cara sebelum ini namun penghuni sendiri tiada inisiatif untuk pastikan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Kami cuba hampir semuanya, tetapi tiada yang berhasil. Malah kami meletakkan tong sampah besar untuk penghuni dan meminta semua orang meninggalkan sampah mereka di lobi lif, bukannya mencampak ke bawah. Namun, tiada siapa pun mendengar (permintaan kami).”
Terpaksa keluarkan duit sendiri
Selain menjadi cikgu tuisyen, tugas Anparasan di flat itu termasuklah mengaktifkan secara manual pam yang membekalkan air ke tingkat lebih tinggi. Ketika bapanya meninggal dunia dua minggu lepas pun, dia terpaksa melakukan kerja itu selepas ada pihak yang mencuri alat yang menghentikan air daripada melimpah dari tangki pusat. Disebabkan itu, air mencurah-curah seperti air terjun ke lantai yang dipenuhi sampah sarap itu.
Selain masalah penghuni membuang sampah sesuka hati, Anparasan juga terpaksa berdepan dengan:
- Pemilik flat yang enggan membayar RM30 sebagai bayaran penyelenggaraan bulanan
- Kekurangan dana menyebabkan lif tidak diperiksa dan diperbaiki secara berkala
- Walaupun sesi gotong-royong diadakan, keadaan akan kembali seperti asal, kotor tidak lama selepas itu
- Kerana kekurangan wang di dalam akaun jawatankuasa, Anparasan terpaksa membayar gaji pekerja pembersihan menggunakan wang sendiri
- Bertahun-tahun dapat dana dari kerajaan Pulau Pinang, tetapi jumlahnya hanya cukup untuk baiki kerosakan kecil
- Bil air terkumpul mencecah RM1.5 juta, bil elektrik tertunggak RM500,000
Sementara itu, Datuk Bandar Seberang Perai Rozali Mohamud berkata pihak majlis bandaraya menghantar kru “bersenjatakan” hos pemadam api berulang kali. Namun, selepas membersihkan kawasan itu (kali terakhir pada 22 Jan lepas), kawasan kembali kotor dalam masa tiga hari.
Sejak 2014, kami telah menghantar kru untuk membersihkannya setiap tiga bulan sekali. Malah kerajaan negeri menjelaskan hutang bil elektrik sebanyak RM1 juta beberapa tahun lalu.”