Pernah tak korang pergi kedai makan dan makanan yang dihidangkan pulak terlampau sedap sampai susah nak diungkapkan rasa dia tu?
Kredit masakan yang sedap ni juga selalunya memang akan diberi kepada tukang masak kerana pandai untuk menggunakan resepi yang kena dengan tekak orang ramai walaupun hidangannya hanyalah lauk biasa.
Pun begitu, terdapat satu insiden mengejutkan yang berlaku di sebuah kedai makan Kuning Ikan Alor yang terletak di sekitar Kuala Lumpur. Perkongsian video itu dibuat menerusi akaun TikTok milik @izuan_razali.
@izuan_razali Siapa masak ni sedap oooo @kuningikanbakar ??? #Fyp #izuanrazali ?Kuning Ikan Bakar Jalan Alor ? #kuningikanbakar
Kejadian bermula apabila pemilik akaun TikTok ini yang mana dia tiba-tiba meninggikan suara dengan bertanyakan tentang tukang masak di kedai tersebut sambil diperhatikan orang ramai yang turut ada di situ.
“Siapa yang masak ni?! Kau masak macamni? Dua tiga hari aku makan kat kedai, macamni kau masak?!” – Lelaki dalam video
“Kalau kena mood tukang masak tak cun, habis kau bro!”
Tak lama lepas itu, lelaki ini terus sahaja memuji makanan yang diambil dengan mengatakan bahawa ianya sedap. Kelihatan juga di sebelah lelaki itu seorang wanita yang dipercayai pasangannya yang turut terkejut selepas insiden yang berlaku.
Meninjau di bahagian komen, ramai yang memuji sikap tukang masak dan juga staf di kedai tersebut yang sabar dan tidak cepat melenting apabila ditengking apatah lagi ketika pelanggan lain sedang menjamu selera.
Tak kurang juga yang mengatakan lelaki ini bernasib baik kerana masih dilayan dengan baik oleh staf kedai makan tersebut sebab ada juga tukang masak yang tidak mampu menahan rasa sabar mereka selepas seharian penat bekerja.
Fuh, nasib baik puji sedap walaupun tinggikan suara. Kalau min, tak berani nak buat macamtu… Cukup lah repeat order je kat situ. Hehehe…
Baca: “Dia pun nak mandi” – [VIDEO] Seram! Lelaki Nak Tunjuk Pacat Lepas Hiking, Tapi Ternampak...


