Usahawan dan pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin baru-baru ini meluahkan rasa terkilan dan kecewanya melihat anak tunggalnya, Fatima Aisya telah menjadi mangsa buli apabila kanak-kanak itu telah dipanggil dengan panggilan yang tidak baik seperti ‘barua’ oleh segelintir netizen di media sosial.
Menurut Fazura, Fatima telah dicerca sejak lahir lagi oleh sesetengah individu di media sosial. Bukan itu sahaja, segelintir individu juga telah mengutuk arwah bapa Fazura yang telah meninggal dunia sekitar 25 tahun lalu.
@f8buzz Mulut orang ni, Fatima yang kecil lagi pun nak dicerca 😠🔥 Fazura ditemui di Soft Launch dan Meet & Greet di Jakel Mall. Selain Faz, Jakelina (Elly Mazlein), Cik Epal dan Ammar turut hadir memeriahkan acara. #f8buzzgayahidup #fazura #fatima
Selain itu, nama panggilan Fatima iaitu Nyamma juga telah dikritik oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Fazura, Fatima ketika kecil masih belum pandai menyebut nama penuhnya iaitu Fatima jadi dia sebut Nyamma.

Artikel Berkaitan: “Fatimah tak nak lepas tangan ayah dia” – Momen Pernikahan Fattah Amin Dan Amira Othman Curi Perhatian Netizen
Artikel berkaitan: Siap Bawa ‘Screenshot’ Komen Fitnah, Fazura Hadir Ke Pejabat MCMC
Menurut Fazura, sebagai ibu, sudah tentulah dia perlu mempertahankan anaknya itu dari terus dibuli oleh sesetengah individu terutamanya di media sosial.
Difahamkan, ketika majlis perkahwinan bapa Fatima iaitu bekas suami Fazura, Fattah Amin yang juga pelakon, ada segelintir netizen yang menulis komen yang tidak baik ketika menonton siaran langsung majlis perkahwinan itu.

Walau bagaimanapun, Fazura tidak menyimpan perasaan dendam kepada individu-individu yang menulis komen tidak baik kepada anaknya itu kerana dia menyerahkan segalanya kepada Allah, lapor mStar.
