Baru-baru ni, kumpulan Kpop terkenal, EXO telah mengadakan konsert EXO PLANET #5 EXplOration di Axiata Arena, Bukit Jalil yang telah mengumpulkan sebilangan ramai peminat kumpulan ini di Malaysia.
Dengarnya, hampir 10,000 orang fans yang hadir pada konsert yang diadakan hujung tahun ni tau!

Jadi bagi mereka yang agak anti dengan Kpop ni, ramailah yang mula mengusik fans-fans Muslim ni solat ke tidak sebab konsert bermula pukul 6 petang dan fans pulak dah mula menunggu dari jam 2 petang lagi di stadium. Emmm…
“Saya tak tahu siapa awak tapi semoga Allah merahmatimu. See her level?”
Untuk membuktikan pandangan netizen kat luar sana tu salah, seorang fans telah memuat naik video yang menunjukkan seorang gadis ini telah menunaikan solat di satu ruangan kecil sebelum masuk ke dalam stadium untuk menonton konsert.
Idk who are you but yeah may Allah bless you …see her level? … #EXplOrationInMalaysia #EXplOrationaL #ExoInMY #EXplOrationInMY pic.twitter.com/fqx6LDlce6
— IZZA (@IzzaOnly) December 14, 2019
Seperti yang semua sedia maklum, Stadium Axiata Arena sebenarnya ada menyediakan ruangan solat tapi ramai juga yang tertanya-tanya kenapa gadis tu solat di situ.
Menurut netizen lain, sebenarnya terdapat masjid yang berdekatan dengan ruangan tu tapi disebabkan cuaca hujan, gadis tu memilih untuk solat di dalam saja. Manakala surau di dalam stadium pula tak boleh digunakan selagi mereka belum masuk ke dalam stadium. Oh macam tu…

“A big slap for those yang selalu cakap kpopers pergi concert terkinja-kinja tak solat”
Rata-rata peminat Kpop yang melihat video tersebut memuji tindakan gadis itu dan percaya perkara ini telah membuktikan bahawa peminat kpop ni tidaklah seburuk yang difikirkan.
Berseronok, seronok juga kan? Tapi solat tetap jaga tau!

Ramai yang pernah solat di stadium sebelum konsert
Ada juga di kalangan netizen yang mengaku yang mereka juga membuat perkara yang sama iaitu solat di tempat yang sesuai menonton konsert.

Bagi admin, minatlah artis apapun yang paling penting tiang agama tu kita sentiasa jaga. Jadi, eloklah kita jadikan gadis ini sebagai contoh yang baik untuk semua.