Baru-baru ini, Pakar Pelaburan Saham Datuk Mohd Nazri Khan (DDNK) telah pun menamatkan zaman dudanya dengan pelajar sahamnya sendiri Tuan Nor Ernie Rossmeris pada Jumaat lalu.
Majlis perkahwinan yang dijalankan secara besar-besaran dan turut menampilkan barisan selebriti terkenal yang hadir sebagai tetamu ini telah tular di media sosial sejak hujung minggu lalu.
Menurut laporan Harian Metro, DDNK mengatakan bukan mudah untuknya menawan hati isterinya ini kerana perbezaan umur mereka yang agak jauh.
Beza umur kami 22 tahun. Bukan mudah nak tawan hatinya. Tapi Alhamdulillah kami selamat bernikah pada Jumaat. Sebenarnya hari ini (semalam) genap setahun kami berkenalan.”
Tambahnya lagi, dia telah terpikat dengan perwatakan isterinya yang manja dan mereka dapat berbual seperti kawan.
Untuk pengetahuan korang, ini merupakan perkahwinan keduanya selepas berpisah dengan isteri pertamanya selepas 20 tahun bersama.
“Harap tiada lagi drama drama skandal lain”
Ekoran ini, bekas isteri DDNK, Atielia turut memuat naik ucapannya di Facebook terhadap dua mempelai ini. Wanita ini mendoakan agar perkahwinan tersebut kekal serta terhindar dari drama skandal lain.
Tambah wanita ini, bekas suaminya itu telah melangsungkan pernikahannya di Thailand dan tujuan dia memuat naik ucapan ini di Facebook adalah kerana akuannya telah disekat oleh DDNK.
https://www.facebook.com/Watie7975/posts/10229754150264993
Selain itu, Atelia turut memberitahu bahawa sijil cerai di antara dia dan bekas suaminya itu masih belum dikeluarkan oleh pejabat agama dan tertanya-tanya siapa yang memberi kebenaran untuk lelaki itu kahwin lagi satu.
https://www.facebook.com/Watie7975/posts/10229788667247896
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan kata-kata semangat mereka kepada wanita ini dan mendoakan agar Atelia terus tabah.
Harapnya urusan sis Atelia dipermudahkan…