in

“Siap pegang hanger weh”-[VIDEO] Nizam Rahman Ambil Kelas ‘Suara Garau’ Setiap Minggu, Mak Sendiri Yang Ajar

Cats 66

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, lelaki biasanya bersuara besar dan garau bila sudah baligh, betul tak? Tapi, ada pula yang saja-saja bersuara lembut.


Seorang personaliti media sosial yang dikenali sebagai Nizam Rahman ini selalu muat naik video berpakaian seperti wanita dan menggunakan suara lembut ala-ala perempuan. Sekali tengok memang real macam perempuan betul, tapi korang jangan tertipu ye.

@nizam_rahman

♬ bunyi asal – Sistor Ade Ade – Sistor Ade Ade

 

Mak siap pegang hanger baju

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Nizam Rahman di Tiktok semalam, korang boleh tengok yang dalam video itu ada dia dan mak dia di dalam bilik. Tapi, yang peliknya mak dia siap pegang hanger baju tau. Nak buat apa hanger tu?

@nizam_rahman

kelas dengan cikjue

♬ original sound – nizam_rahman – nizam_rahman

Di awal video itu, Nizam beritahu yang dia akan ada kelas ‘suara garau’ setiap minggu dengan ibunya yang mesra disapa sebagai Cik Jue.

“Setiap minggu kita memang ada kelas untuk practice suara abang-abang, taknak lembut-lembut lagi macam ni.”

Sdssss

 

Ulang sampai suara jadi lebih garau

Ayat pertama yang dipraktikkan dalam kelas itu adalah ayat saya nak jadi lelaki. Terkejut dengar ayat yang diminta ibunya, Nizam tanya dekat ibu dia yang dia itu bukan lelaki ke?

“Memang la lelaki tapi lelaki kena suara keras.”

Sdsdsdmmm

Tak banyak soal, Nizam memulakan kelas dengan praktis ayat yang diminta oleh ibunya tetapi ibu dia asyik suruh ulang ayat yang sama menggunakan suara yang lebih garau. Bukan itu sahaja, ibunya kadang-kadang pukul ‘manja’ bahu Nizam guna hanger baju yang dipegangnya.

Lepas beberapa kali praktis, baru lah ibu Nizam puas hati dengan suara garau dia.

“Boleh la tapi tak dapat 100 peratus.”

Bagus betul Nizam ni siap ada kelas suara dengan mak sendiri. Semoga konsisten ye belajar tu.

 

Sumber: nizam_rahman

Baca:”Ibu gertak dengan hanger”- ‘Parents’ Rotan Kaki & Kasari Anak Untuk Suruh Makan Dekat Kedai Tomyam

Sdsdx 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.