in

“Siap nyanyi lagu Aiman Tino” – [VIDEO] Youtuber Indo Mabuk, Halusinasi 3 Hari Lepas Makan Mi Sedap Dengan Daun Kecubung

Ft Mukbangmabuk

Daun kecubung digunakan sebagai ubat secara tradisonal di Asia Tenggara namun tumbuhan itu juga dikenali sebagai tanaman yang berbahaya!

Dua Youtuber popular Indonesia menjadi viral selepas video mukbang mereka mendapat perhatian gara-gara content menikmati mi bersama daun kecubung. Menurut laporan Detik, dua pemuda itu mengalami mabuk sehingga berhalusinasi selama 3 hari kesan daripada daun kecubung yang dimakan dalam kuantiti yang banyak itu.

Melalui video yang kini sudah mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu, mereka berdua dilihat merebus mi Sedaap itu bersama daun kecubung. Mereka kemudian cuba rasa hasil gabungan dua makanan tersebut dan pada mulanya daun tersebut dikatakan memberikan rasa pahit terhadap kuah mi itu.

Mi4

Mi5

Di dalam video itu juga, mereka dilihat menambah keropok ke dalam mi tersebut. Menurut mereka juga, daun itu membuatkan tekak mereka berasa kering dan sakit. Salah seorang didengari berkata,

Sakit di tekak ya, seperti ada sesuatu tersekat lalu di situ. Badan juga jadi berpeluh.”

Video berdurasi 23 minit itu kemudian menunjukkan mereka mabuk dan melakukan aksi tanpa sedar, selepas habis menikmati mi bercampur daun kecubung itu. Mereka turut menerangkan, selepas mukbang tersebut, kedua-duanya mengalami  halusinasi selama 3 hari berturut-turut.

Mi8

Mi9

Video tersebut menerima kritikan dan kecaman daripada netizen Indonesia di mana pelbagai respon boleh dibaca di ruangan komen yang mengatakan duo Youtuber itu sanggup membahayakan nyawa mereka.

Ada yang turut menceritakan pengalaman mereka serta rakan-rakan yang turut pernah mencuba daun kecubung dan mengalami kesan halusinasi yang sama.

Tonton video di bawah:

 

Menurut laporan, daun kecubung itu memang memberikan kesan mabuk walaupun hanya dipakai di luaran sebagai paste ditampal di dahi. Kecubung juga tidak digalakkan untuk dimakan (walaupun sebagai ubat) kerana kesannya boleh menyebabkan keracunan yang mampu merosakkan sistem saraf.

Baca: “Macam pengemis kau buat orang” – YouTuber Dikecam Gara-gara Baling RM10k Dekat Bukit Bintang?

Collage 25

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube