in

“Siap amin kan doa” – Raja Thailand Panggil Ulama Bacakan Doa Elak Wabak di Istana

2Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia masih dalam pandemik Covid-19. Banyak perkara yang biasa dilakukan terpaksa diubah mengikut kesesuaian norma baru. Senjata kita dalam melawan pandemik ini ialah dengan pakai facemask dan jaga kebersihan diri.


Selain facemask, ada ikhtiar lain yang boleh diamalkan untuk mengelak diri dari terkena jangkitan virus ini. Antara yang boleh dilakukan ialah dengan berdoa supaya diri kini dan keluarga terhindar dari wabak dan penyakit.

Ada satu video yang viral di media sosial yang menunjukan satu upacara bacaan doa tolak bala dan wabak di Thailand. Yang menariknya, upacara itu diadakan di istana di sana dan turut dihadiri oleh Raja Thailand. Baginda turut sama menadah tangan dalam upacara itu. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video @JalalMisai_2 kat bawah ni

 

Siap amin kan doa

Setakat yang admin tahu, keadaan pandemik Covid-19 di Thailand agak terkawal. Elok juga buat bacaan doa macam ni, raja dan rakyat jelata sama-sama berdoa.

Screenshot 2020 12 26 At 10.52.54 AmAdmin pun tertanya gak pasal benda ni. After all kita sama-sama ikhtiar kan. Usaha dah, doa lah pulak.

Screenshot 2020 12 26 At 10.52.30 AmYang ni admin ada perasan gak. Cuma tak dapat liputan media je lah. Kalau hujan payah nak buat event. 

Screenshot 2020 12 26 At 10.51.30 AmOh yeke. Kalau raya kat sana meriah, tak dapat balik kampung pun tak rasa sunyi sangat. Kalau korang ada sedara-mara yang kerja kat sana, share lah sikit pengalaman, nak tahu gak.

 

Baca: “Macam drama Thai” – Dipenjara Kerana Nak Kedudukan Sama Dengan Permaisuri, Gundik Dibebaskan Untuk Bersama Raja Thai Di Jerman

Screenshot 2020 12 26 At 10.53.08 Am

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.