in

“Shine bright like a diamond” – Kepala Abang Botak Terlampau ‘Silau’ Sampai Pegawai Imigresen Terpaksa ‘Tekup’ Dengan Panel Hitam

Imigresen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak apply atau renew passport adalah antara perkara yang paling ‘bercinta’ untuk kita semua buat sebab ia mengambil masa yang agak lama dan terpaksa lalui banyak proses.


Kalau korang nak proses dapatkan pasport ni pantas dan boleh siap dalam masa dua jam, janganlah lupa bawak dokumen penting dan pastikan pakaian atau imej korang semasa ke pejabat imigresen tu sesuai dan menepati peraturan yang ditetapkan.

Passport
sumber: wob

Tapi kalau semua dah onz pun, harap-harap korang janganlah jadi macam abang ni… Pening kepala hakak-hakak imigresen kena fikir nak selesaikan masalah.

 

“Cerita tengah hari tadi, member nak bergambar untuk passport. Kena cover bhai kepala sebab silau” 

Menerusi satu perkongsian di Twitter, abang botak ini telah mengalami masalah ketika pihak imigresen nak ambil gambar pasportnya apabila kepala abang ni terlampau silau sehingga gambar yang diambil tak menepati standard gambar pasport yang sesuai. Alamak! 

 

Akak imigresen terpaksa ‘tekup’ kepala abang botak dengan panel hitam! 

Tapi mujurlah pegawai imigresen kita ni bijak belaka orangnya dan mungkin mereka pernah lalui situasi yang sama dengan individu yang lain.

Seperti yang korang dapat lihat kat video di atas, akak imigresen tersebut terpaksa cover kepala abang tersebut dengan panel hitam untuk mengurangkan pantulan cahaya pada kamera. 

Botak 1
sumber: wob

Kesian tak pasal-pasal kejadian yang berlaku kat abang ni jadi bahan jenaka pulak kat perakam dan orang lain yang menunggu di pejabat imigresen tersebut.

 

“Thanks buat aku terhibur pagi-pagi ni” 

Rata-rata netizen yang tonton video ni memang ketawa habislah, di samping ada yang kasihan dengan situasi yang dialami abang botak tersebut.

Lawak
sumber: twitter

Apa-apapun mujurlah dapat jugak abang tu apply pasport tu! Terima kasih banyak-banyak kepada staf imigresen kita. 

Baca: “Senyap je jammed2 ni. Tengah tahan berak ke” – Lawak Habis Baca Keluhan Pengguna Jalan Raya Di Map Chat Waze!

Map

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.