in

Sharnaaz Ahmad Diminta Mohon Maaf Kepada Fahmi Fadzil Isu Lelaki Berpakaian Wanita Di AJL39

sharnaaz ahmad fahmi fadzil ajl39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli kecewa dan memandang serius kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mengkritik Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berhubung isu pemakaian tetamu lelaki yang menyerupai wanita di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Memetik laporan mStar, Jurey berkata, kenyataan pelakon itu tidak berasas dan menggunakan bahasa yang kurang adab.


“Sharnaaz telah menuding jari secara tidak berasas terhadap Fahmi Fadzil dan menggunakan bahasa yang tidak beradab dalam kenyataannya.”

Artikel berkaitan: “Dulu rambut panjang marah, sampai banned” – Sharnaaz Ahmad ‘Sound’ Lelaki Berpakaian Wanita Di AJL

Artikel berkaitan: Influencer Pakai Busana Seakan-akan Wanita Di AJL, Netizen Mohon JAKIM Ambil Tindakan Tegas

1933098

Justeru, PTVM mendesak Sharnaaz menarik balik kenyataan tersebut serta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Fahmi Fadzil.

Jurey turut menegaskan bahawa sebagai figura awam, Sharnaaz perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial.

“Sharnaaz harus menunjukkan teladan yang baik dengan bersikap lebih bertanggungjawab dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan.

“Dia juga seharusnya lebih berhati-hari dalam membuat kenyataan awam agar boleh menyampaikan teguran secara lebih berhemah dan berfakta tanpa menyinggung mana-mana pihak,” ujarnya.

Sementara itu, pihak PTVM juga menegaskan bahawa AJL39 adalah di bawah bidang kuasa badan penyiaran swasta dan tidak mempunyai kaitan dengan Kementerian Komunikasi.

Oleh itu, katanya tindakan menyalahkan Fahmi Fadzil dianggap tidak relevan serta menunjukkan kurangnya pemahaman mengenai struktur industri penyiaran negara.

Terdahulu, Sharnaaz meminta Fahmi Fadzil mengambil langkah menjalankan tugas sebaiknya bagi menangani isu berkenaan yang turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.