Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengeluarkan senarai 101 projek rundingan terus ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang telah menelan belanja RM6.61 bilion.
Pendedahan yang turut dimuat naik pada Facebook peribadinya ini telah mendapat perhatian ramai dan Tengku Zafrul mengatakan pendedahan ini dibuat untuk mendokong urus tadbir yang baik demi ketelusan pentadbiran.
Antara yang mendapat perhatian dalam senarai ini adalah perolehan oleh Kementerian Hal Ekonomi untuk pembelian buku bertajur A Better World, Actions and Commitments To The Sustainable Development Goals, Volume 5.
Apa yang menjadi tanda tanya netizen adalah jumlah perolehan untuk buku tersebut mencecah hingga RM21,022.86 dan menurut MP Kota Anggerik merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan, Najwan Halimi, buku yang dibeli dengan harga lebih RM21k ini sebenarnya boleh didapati secara percuma di atas talian.
Buku yg dibeli pd harga RM21,022.86 oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi boleh dibaca secara percuma menerusi pautan di bawah:https://t.co/KbnE03y2y7
— Najwan Halimi ?? (@NajwanHalimi) August 26, 2020
Mungkin banyak kot buku yang dia beli… #husnuzon
Baca: Netizen Spekulasi ‘Tweet’ Ringkas Azmin Ali Sebagai Petunjuk Kenyataan ‘U Turn’ BNM?