Pelakon Hafidz Roshdi akhirnya menamatkan zaman duda apabila mengumumkan perkahwinan baharu dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada di Instagram baru-baru ini.
Menerusi satu temu bual, Hafidz menzahirkan rasa syukur kerana bertemu jodoh buat kali kedua selain urusan pernikahannya berjalan lancar.
Artikel berkaitan: Hafidz Roshdi Tamatkan Zaman Duda, Sah Telah Bernikah Dengan Athira Yuhada
Artikel berkaitan: Ini 7 Selebriti Malaysia Yang Bercerai Sepanjang 2023
“Terima kasih kepada yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya.
“Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia. Satu kesilapan dia, semua kebaikan dia kita dah tak nampak.” ujar Hafidz.
@melodiberapi Pelakon Hafidz Roshdi memohon agar peminatnya mendokan kebahagian rumahtangga yang dibina ini. #meloditv3 #fypシ゚viral #hafidzroshdi #kahwin #athira #ceritaartismalaysia #suhada #sensasi #panas
Memetik sumber media, Hafidz menyatakan Athira adalah cinta pertamanya dan bersyukur apabila mereka disatukan.
“Athira cinta pertama saya. Kami berkawan sejak berusia 15 tahun dan pernah bercinta. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya jadi suami sekali lagi. Insya-Allah, saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik,” katanya.
Terdahulu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 itu mendedahkan dia menerima rawatan gangguan bipolar iaitu perubahan emosi melampau di Hospital Shah Alam sejak tiga tahun lalu.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun berpisah pada 27 Julai lalu dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Berita Harian, TikTok