in

Setelah Berjaya Memiliki Van Jenazah, Atu Kini Mahu Bina Masjid Pula

Feature Atu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memanjat rasa kesyukuran yang tinggi ke hadrat Ilahi, Pelawak Atu kini berjaya melunaskan impiannya untuk memiliki van bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan jenazah di kampungnya Kudat, Sabah.



Namun begitu, melalui temu bual melalui telefon bersama Gempak, Atu berkata van tersebut masih belum dapat dihantar ke Kudat, Sabah lantaran kerja-kerja pengubahsuaian masih lagi dilakukan. Pengubahsuaian tersebut dilakukan supaya ia dilengkapi dengan tempat mandi jenazah bagi melancarkan aktiviti pengurusan jenazah yang bakal dijalankan.

Katanya, dia tidak menyangka bahawa impian untuk memiliki van jenazah sendiri menjadi kenyataan. Dia juga telah mengambil kesempatan semasa temu bual tersebut untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabatnya yang banyak membantu dalam urusan itu.

Tanpa berselindung, Atu memberitahu bahawa kos yang dikeluarkan untuk memiliki van tersebut adalah dalam anggaran RM121,000.

“Kos tersebut untuk van sahaja. Untuk ubah suai belum lagi, jadi saa tidak tahu berapa yang perlu ada. Insya-Allah saya akan usahakan dalam masa terdekat untuk menjayakan misi van jenazah bagi fakir miskin ini “- Atu

Setelah melihat van jenazah milik bapa mertua Ajak Shiro di Kluang, Johor, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif ini juga memberitahu, dia mahu van jenazah miliknya itu diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan memandikan jenazah termasuk sistem paip yang baik.

Atu juga berkata bahawa misinya itu amat sesuai di kawasan tersebut setelah mengambil kira saiz rumah di perkampungan itu dan jarak surau dan masjid yang agak jauh dari kawasan penempatan.

“Saya harap van tersebut selepas dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan dapat mengatasi masalah pengurusan jenazah. Mana tahu, selepas ini kami boleh luaskan perkhidmatan di luar daerah Kudat,”- Atu

Tambah Atu lagi, beliau juga turut memasang impian untuk membina masjid di daerah Kudat itu. “Semoga impian saya menjadi kenyataan. Biarlah harta saya tak banyak di dunia ini tetapi adalah juga bekalan yang boleh dibawa ke akhirat nanti,” katanya.

Baca: “Gilalah siapa yang petik nama saya”- Tauke Nafi Dia ‘Pelawak’ Yang Ditahan Kerana Jadi Bapa Ayam

Baca Atu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.