in

Sesi Persekolahan Akan Bermula Pada Januari, Tapi Bukan Dalam Masa Terdekat – KPM

Sesi Sekolah Kembali Pada Januari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Secara prinsipnya, Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju untuk mengembalikan sesi persekolahan kepada bulan Januari, selepas menerima pelbagai pandangan berhubung perkara tersebut daripada ibu bapa.

Pun begitu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pelaksanaan perkara tersebut tidak dapat dibuat dalam masa terdekat.


Sebaliknya, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor dan justifikasi berdasarkan pematuhan Akta Pendidikan 1996 perlu diteliti.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Berucap Di Parlimen

Tambah beliau lagi, perancangan tersebut perlu memastikan setiap subjek dapat diselesaikan selain ia tidak mengganggu jadual peperiksaan utama iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan juga Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Menurut Fadhlina lagi, pihaknya perlu mengambil kira juga faktor lain seperti cuaca yang tidak menentu dan juga tahap ekonomi setempat, sebelum boleh mengembalikan sesi persekolahan kepada bulan Januari.

Di samping itu, beberapa aspek harus dipatuhi termasuk bilangan persekolahan murid yang tidak boleh kurang daripada 190 hari dalam tempoh setahun.

Perkara ini disampaikan oleh menteri sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi KPM baru-baru ini.

Baca : Kementerian Pendidikan Kemuka Draf Wajibkan Pendidikan Menengah

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.