in

Sering Dituduh Curang Tanpa Bukti Punca Faisal Halim Lafaz Cerai Talak Dua – Peguam

faisal halim nafi curang cerai talak dua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam syarie mewakili Faisal Halim iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader tampil menafikan segala dakwaan yang dibuat oleh bekas isteri pemain sayap Selangor FC itu.

Katanya, tuduhan terhadap anak guamnya itu adalah palsu kerana dibuat tanpa usul periksa dan bukti kukuh.


Nur Syazwani Mizuana Shahril baru-baru ini memuat naik tanda pagar #curangitupilihanbukankebetulan selepas disahkan bercerai talak dua pada Jumaat lalu.

“Faisal menafikan dia pernah curang. Malah anak guam saya beritahu bekas isterinya suka buat tuduhan tanpa bukti dan usul periksa.

“Perceraian kali kedua yang berlaku ini juga berpunca masalah sama iaitu dikatakan mempunyai wanita lain sedangkan anak guam saya tidak melakukan perkara sebegitu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NSM 🕊 (@nrsyxzwnyy)

Artikel berkaitan: “Talak pertama 11 Jun lalu” – Faisal Halim, Isteri Sah Cerai Talak 2

Artikel berkaitan: “Jangan tukar kelab lain” – Faisal Halim Muat Naik Gambar Hitam Putih Buat Netizen Risau

Ramai yang memerhati Faisal

Menurut Akberdin, anak guamnya itu pastilah menjadi tumpuan ramai kerana kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

“Sebagai seorang pemain bola sepak kebangsaan dia akan selalu ke luar negara untuk sertai perlawanan atau latihan. Jadi sudah tentu anak guam saya bertemu dengan ramai orang.

“Malah anak guam saya sendiri beritahu ketika penganjur membawa satu pasukan untuk keluar, pasti ada macam-macam program yang dilakukan, tapi sebagai manusia dia mempunyai pilihan untuk tolak secara baik jika perkara itu tidak elok untuk dilakukan.

“Tambah pula, dia antara pemain yang menjadi tumpuan dan pasti ada ramai ‘mata’ yang memerhati,” katanya.

Penat sering dituduh curang

Jelas Akberdin, anak guamnya itu melafazkan cerai sebanyak dua kali kerana sudah tidak tahan dan berasa penat dengan sikap bekas isterinya yang membuat tuduhan melulu.

“Talak pertama berlaku sekitar jam 1 pagi pada 11 Jun lalu kerana tidak tahan dituduh curang. Namun pada hari sama mereka rujuk.

“Kemudian berlaku lafaz talak yang kedua pada 10 November lalu sekitar jam 4.20 petang kerana dituduh curang sedangkan anak guam saya tidak buat perkara itu.

“Jika diikutkan anak guam saya tak nak bercerai sebab fikir ada anak yang masih kecil, tapi dia juga manusia biasa.

“Apabila kerap kali diungkit benda sama yang tiada asas kukuh, dia juga penat dan bosan hingga mengambil keputusan untuk berpisah,” katanya.

Terdahulu, Syazwani sebelum ini telah membuat satu luahan kecewa apabila dia mendakwa netizen menuding jari kepadanya atas perpisahan tersebut.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.