in

Sering Bergambar Di Bangunan Tinggi, Jurugambar ‘Daredevil’ Temui Ajal Lepas Jatuh Dari Tingkat 68

Jurugambar Daredevil

Daredevil atau pemberani bermaksud individu yang suka melakukan perkara yang berisiko tinggi dan berbahaya.

Baru-baru ini, seorang jurugambar yang terkenal dengan gambar-gambar swafotonya yang diambil dari bangunan tinggi menemui ajal ketika cuba untuk bergambar di sebuah bangunan di Hong Kong.

Remi Lucidi atau lebih dikenali sebagai Remi Enigma ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 68 sebuah apartmen mewah di Hong Kong.

Menurut laporan The Guardian, Polis Hong Kong berkata selepas siasatan awal mereka percaya lelaki itu terjatuh dari bahagian tepi bangunan dan tiada nota bunuh diri ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, lelaki berusia 30 tahun itu telah memasuki blok apartmen dan memberitahu dia ingin melawat rakannya di tingkat 40, tetapi sebaliknya dia menaiki lif ke tingkat 49 dan kemudian mengakses ruang tangga di tingkat atas.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemudian memaparkan Lucidi keluar dari lif di tingkat 49 lalu menaiki tangga ke tingkat paling atas bangunan tersebut.

Sebelum kejadian tragis itu, jurugambar tersebut difahamkan telah mengetuk tingkap untuk memasuki bangunan itu semula, seorang pekerja bangunan menyedari perkara itu tetapi hanya mengabaikannya.

Dia kemudiannya gagal untuk memasuki semula bangunan tersebut lalu terjatuh dan meninggal dunia sebelum bantuan tiba.

Baca: “Ingat dia bergurau” –  Pelajar 20 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 6 Lepas Jumpa GF

Jatuh Tingkat 6