in

“Seramnya…” – Ibu Ini Terkejut Ada ‘Stranger’ Dah Duduk Di Loteng Rumah Selama 3 Minggu

Seramnya... Ibu Ini Terkejut Ada Stranger Dah Duduk Di Loteng Rumah Selama 3 Minggu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Segalanya bermula apabila Monica Green perasan terdapat beberapa barangan di dalam rumahnya yang seperti bergerak sendiri.


Monica Green E1611469054891

Selain itu, dia juga mendapati sistem kamera keselamatan rumahnya telah dimatikan dan beberapa barangan anaknya gagal dijumpai.

Pun begitu, wanita ini tidak terlalu mengambil berat dan menganggap dia mungkin terlalu risau.

Tiga minggu kemudian, segalanya berubah apabila ibu kepada tiga orang anak dari Rockhampton, Queensland, Australia ini pulang dari janji temu doktor dan menyedari sesuatu telah berlaku di dalam rumahnya.

Chicken Nuggets E1611469346322
Gambar hiasan

Pada Isnin lalu, Monica Green yang baru pulang dari janji temu doktor mendapati pendingin hawa rumahnya terpasang, walhal tiada siapa di rumah. Tidak cukup dengan itu pintu belakang kediamannya juga terbuka dan ada nuget ayam yang sudah dimasak separuh, lapor New York Post.

Oleh kerana terlalu takut, ibu ini segera memaklumkan perkara itu kepada pihak polis. Hasil siasatan, mereka mendapati loteng rumah wanita itu terbuka dan sepertinya ada orang yang sudah tinggal di situ selama beberapa hari.

“Saya sepatutnya menjadi orang yang melindungi anak-anak. Tapi, kini saya rasa seperti seorang yang gagal. Saya rasa seperti ruang peribadi saya diceroboh,” kata Monica.

Attic E1611469153152
Gambar hiasan

Menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang berlaku dalam filem seram, ibu itu percaya individu terbabit berjaya masuk ke dalam rumahnya melalui loteng rumah, mencuri kunci dan tinggal di loteng.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Monica dilapor sudah menukar kunci rumahnya. Kes terbabit kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: New York Post

Baca: “Menyesal seumur hidup!” – Pecah Masuk Rumah, Lelaki ‘Lunyai’ Kena Belasah Dengan Nenek 82 Tahun. Rupanya…

Kena Belasah Nenek E1611468897958

Sumber: news.com.au
Sumber: Allrecipe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.