in

Seramai 120 Mat Motor ‘Berarak’ Tolak Motor Masing-masing Sejauh 6 Kilometer Hingga Sampai Balai Polis, Ini Sebabnya…

Feat Moto Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Hobi kami mahal”. Itu ungkapan yang sering ditujukan buat mereka yang sukakan dunia permotoran sehingga melakukan modifikasi motor yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ).



Terbaru, seramai 120 penunggang serta pembonceng motosikal terpaksa menolak motosikal masing-masing kira-kira sejam untuk sampai ke Balai Polis Batu Kurau, Taiping.

Ia berlaku gara-gara mereka telah ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, petang semalam.

 

Tolak motor sejauh 6KM

Mereka yang ditahan telah diarahkan untuk menolak motosikal masing-masing sejauh kira-kira enam kilometer secara beramai-ramai.

Dah macam Le Tour De Balai Polis. 

Lapor Harian Metro, kesemua yang ditahan terpaksa menolak motosikal kira-kira enam kilometer dari lokasi operasi yang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai yang sering menjadi tumpuan ‘mat motor’.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Taiping dibuat di Jalan Besar Jelai berdekatan Kampung Jelai bermula 5 petang.

Moto 2

42 motosikal disita, 134 saman dikeluarkan

Sebanyak 42 buah motosikal telah disita. Bukan itu sahaja, sebanyak 134 saman juga turut dikeluarkan dalam operasi itu atas pelbagai kesalahan.

Tambahnya lagi, sebanyak 98 buah motosikal diperiksa dalam operasi ini, namun tiada tangkapan dibuat bagi mana-mana peruntukan dalam Akta Pengangktan Jalan 1987 termasuklah bagi kesalahan lain seperti jenayah dan narkotik.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah modifikasi motosikal yang keterlaluan khususnya pada bahagian ekzos, tiada nombor plat pendaftaran serta nombor plat pendaftaran yang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

Moto 3

Baca: Allah hantar kami tepat pada masanya Sikap Mat Motor Dipuji Netizen, Bantu Mangsa Dalam Kereta Terbakar Baca Moto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.