Ingat lagi tak dulu masa kecik-kecik, abang, kakak or sedara mara selalu nak takutkan kita dengan cerita hantu. Padahal, dorang duk pusing-pusing cerita yang sama je kan?
Tapi masalahnya, dalam pada dorang cerita yang sama tu, kita ni bukan main takut. Siap paranoid lagi! Pergi toilet paranoid, bila gelap or rumah blackout takut, jalan sorang-sorang seram, eh macam-macam lah dek kerana cerita hantu dorang tu.
Admin saja nak #throwback few cerita hantu yang rasanya paling popular and paling selalu kita dengar masa dulu-dulu.
1. “Dik nak kuih karipap dik…”
Mesti korang pernah dengar punyalah cerita ni kan? Dengar macam takde apa tapi al kisahnya, makcik yang jual tu dia tanya dari tingkap ke tingkat. Selalunya, student yang study lewat malam la akan jadi mangsa and terbeli. Tengah malam kan student selalu lapar!
Apa yang takut? Makcik tu berniaga window ke window tapi dekat tingkat tinggi. So dia jalan atas apa?
2. Jangan tidur katil atas, pocong suka kacau!
I still remember, cerita ni paling buat admin takut sebab dulu duduk asrama. Pernahlah sekali dua nasib tak baik, tak sempat cop katil bawah. Terpaksalah tidur katil atas kan!
Lagi pulak, ada keluar cerita Blok 404 yang ada scene pocong kacau kawan dia tengah tidur tu. Perghhh memang lagi kecut perut aku dibuatnya!
3. “Nak balik ke…dah tau…?”
Kalau cerita yang ni pulak, confirm buat korang paranoid nak pergi tandas asrama malam-malam. Haha! Ala takkan tak tahu cerita ni. Al kisah, someone pergi basuh baju dan jumpa kawan dekat toilet buat basuh baju juga. Konon-konon dia happy sebab ada teman tengah tengah malam buta tu.
Tengah duk syok membasuh sambil sembang tu, baju dia jatuh atas lantai. Bila nak ambil baru perasan kaki ‘kawan’ tu tak cecah lantai. Menggigil beb! Dia pun apa lagi,
“Erm awak, saya balik bilik dulu la…”
‘Kawan’ tu pun menjawab sambil tersengih,
Nak balik ke…dah tau…?”
Lepas tu dia mengilai weh! Mau tak lari lintang pukang ??? Lebih kurang dalam video ni lah cerita hantu tu:
Sumber: Youtube
4. “Tandas 1 kosong, tandas 2 kosong… tandas 3?”
Siapa suka mandi malam-malam dekat asrama, kena kacau macam ni lah. Ada yang pernah kena? ?
Kalau ikutkan cerita yang selalu kita dengar, orang yang mandi sensorang tu akan dengar suara perempuan main kira-kira setiap bilik air shower. Katanya, saja je benda tu nak kacau… Kacau tu takpe lagi, buatnya dia tonjolkan diri nampak muka adumakkkk….
5. Penanggal suka makan baby baru lahir
Admin dulu pernah kena marah dengan nenek sebab tanya kampung dia ada penanggal tak? ?
Mana taknya, dah kita ditakutkan dengan cerita penanggal ni suka makan baby baru lahir. Kononnya, penanggal ni punya deria mendengar kuat. Asal ada orang baru beranak je, confirm dia dengar bunyi tangisan baby. Tak kira dekat pelusuk mana pun dalam kampung tu, dia dengar punya…
Korang ada ke pernah terserempak dengan penanggal masa tengah jalan-jalan dekat kampung? Hahaha!
Apa lagi kisah hantu yang orang dulu-dulu selalu cerita untuk takut-takutkan korang? Ada yang korang pernah dengar selain list dekat atas ni? Cuba share dengan admin dekat comment tu. ?
Baca: 6 Pengalaman Seram Pelajar Universiti Tempatan Yang Korang Tak Pernah Dengar