in

“Seram, macam tengok Titanic” – 1,300 Penumpang Kapal Persiaran Mewah Berdepan Detik Cemas Dilambung Ombak 8 Meter

Untitled Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Mayday! Mayday!”


Lebih 1,000 penumpang dan krew sebuah kapal persiaran mewah berdepan detik cemas, apabila ‘tersadai’ di tengah-tengah Laut Norway semalaman.

Difahamkan, kapal berkenaan mengalami kerosakan enjin pada Sabtu sebelum tersangkut di tengah laut dan turut dihempas badai setinggi lapan meter akibat cuaca buruk.

Kapal persiaran Viking Sky itu menghantar isyarat kecemasan, sebaik mengalami kerosakan teknikal sebelum ia dihanyutkan ke arah daratan — sekali gus memaksa pihak berkuasa mempercepatkan proses menyelamatkan kesemua penumpang dan anak kapal.

Setakat pagi tadi, lebih 300 telah berjaya dibawa ke kawasan selamat menggunakan helikopter — meskipun terpaksa berdepan cuaca yang tidak menentu.

Sebahagian penumpang dikenalpasti berasal dari Amerika Syarikat dan Britain.

 

“Macam dalam Titanic!”

Viking 2

Seorang penumpang yang berjaya diselamat berkata, keadaan menjadi kelam kabut sewaktu kejadian berlaku.

“Saya terlalu takut. Saya tidak pernah melalui pengalaman menakutkan seperti ini,” katanya.

Manakala yang lain turut berkongsi detik cemas, ketika kapal itu ‘terhuyung hayang’ dibadai ombak kuat sehingga mengakibatkan sejumlah perabot ‘menggelungsur’ jatuh.

“Kapal terumbang ambing, kerana laut bergelombang.”

Satu rakaman menunjukkan keadaan di dalam kapal tersebut turut tular di media sosial, dan mendapat jutaan tontonan oleh pengguna media sosial — yang menyifatkan keadaan ketika itu umpama dalam filem Titanic.

Titanic 1

Titanic 2

Bagaimanapun, krew kapal berjaya menghidupkan semula satu daripada empat enjin sebelum kapal itu dibawa berlabuh kira-kira dua kilometer dari pantai.

Lapan penumpang yang berjaya diselamatkan cedera, dengan tiga daripadanya mengalami kecederaan teruk.

Mengikut maklumat daripada laman web rasmi syarikat, Viking Sky hanya boleh menampung 930 penumpang pada satu-satu masa sahaja.

Baca: TERKINI: 24 Mayat Dah Dijumpai, Rangka Utama Bangkai Pesawat Gagal Ditemui #JT610

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.