Seorang ibu kongsikan detik cemas yang terjadi kepada anaknya saat mengikut suaminya ke pejabat. – Dalam video tersebut apa yang lebih gerun tiada sesiapa dilihat berada di kawasan itu selain anaknya di tangga.
Namun begitu, dapat dilhat pergerakan anaknya tiba-tiba terbatas sebelum didatangi oleh ayah kepada budak lelaki tersebut.
Artikel berkaitan : Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Sahkan Tiada Kesan Gangguan Fizikal Pada Paip
Artikel berkaitan : Jurusolek Mengaku Tidak Bersalah Buat Gangguan Seksual Terhadap Pelakon Tanpa Rela
Menurut ibunya, ketika si anak sedang menaiki tangga, kelihatan seolah-olah ada ‘benda’ yang menarik tangan anaknya. Namun begitu, si bapa sempat menyelamatkan anaknya itu setelah memerhatikan rakaman CCTV.
“Daddy dia naik dulu, ingat dia tak follow belakang tu yang laju je daddy dia naik.”
Menjengah ke ruangan komen, ia mengundang pelbagai reaksi netizen ada yang mengatakan ia tiada kaitan dengan perkara mistik dan ada juga yang mengajar cara untuk menghindari gangguan tersebut. Malah, ramai juga yang gerun apabila melihatnya.
Semoga kita semua terlindung daripada gangguan sebegini.
Sumber : Facebook